Friday, August 3, 2012

Haha, mood syawal nk hiburkan hati.. cuba baca di bawah dan apa reaksi anda?



Jika anda bercinta 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya 
atau 
Kekasih anda jemu dengan anda. 

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah 
Tapi jika dia jemu dengan anda 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda 
atau 
Dia cari kekasih baru.

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah 
Tapi jika dia cari kekasih baru 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya 
atau 
Anda tak dapat melupakannya. 

Jika anda benci padanya tak kisahlah. 
Tapi jika anda tak dapat melupakannya 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh 
atau 
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh.

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah 
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh 
atau 
Dia kembali menjadi kekasih anda. 

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah 
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya 
atau 
Kekasih anda jemu dengan anda