Monday, February 10, 2014

Dunia yang lebih indah itu. Kadang kadang kita yang mencorakkannya!


Dalam debaran untuk mengetahui keputusan peperiksaan bagi semester lepas, apa kata syawal meluahkan apa yang membuat-buat hati ini sangat berdebar. Seperti biasa semester sebelum ini, memang perasaan takut itu ada. Tipulah kalau cakap tak ada. Cuma prinsip yang selalu syawal pegang selama ini adalah ilmu bukanlah sekadar kepada ilmu semata-mata. Ilmu itu luas, semakin lama kita berjalan atau merantau, memakin kita dahagakan ilmu, semakin kita rasa kita ini sangat jahil di muka bumi ini. Jadi, apabila mengenangkan kembali kisah-kisah dalam dunia akademik ini. Bemula disekolah Kolej Sultan Abdul Hamid. Di itulah terbentuknya manusia yang bernama syawal kini. Di itulah dia mencari identiti diri. Nak cerita kisah dekat sekolah memang panjang dan banyak ceritanya.

Alhamdulilah dianugerahkan abang-abang yang baik dan selalu mentarbiyyah diri ini walaupun semasa kecik-kecik dulu sangat nakal dan selalu juga bergaduh, bergusti dan wrestling siap. Hehe, satu kisah yang abang syawal selalu cerita dan syawal ambil daripada simpanan dalam komputer dia. Kisah ini sangat legend sebab daripada komputer windows 98 smpai lanie masih ada kisah ini. Harap anda dapat ambil sedikit pengajaran daripada. 


Kalau nak diikutkan time sekolah lelaki semua tu, dugaan memang tak tinggi sangat. Tapi apabila menjejakkan kaki ke Universti dan apabila peratusan bilangan wanita agak tinggi. Iman di hati ini turun naik, Sebab itulah kisah ini diposkkan jugak agar akan hati ini terus dipateri, terus dijaga dan terus di dalam keredaanNya. Apa yang berlaku itu ada sebabnya, sebabnya untuk kita belajar, belajar untuk , menghargai orang yang pernah hadir dalam hidup kita, yang pernah buat kita tersenyum, yang pernah menangis bersama kita, yang pernah berpeluh untuk kita, yang pernah menjadi sahabat kita keranaNya, yang tidak pernah meminta sekelumit balasan. yang menberikan sepenuh tenaga dia kepada kita, yang pernah kita di dalam duka, yang pernah selalu menemani kita apabila kita apabila kita mula berbicara tentang kisah kita. Kisah yang indah dilakarkan di langit ditemani bintang-bintang. Yang setia menemani kita dan yang paling dekat dengan kita dan lebih dekat lagi daripada leher kita itulah tuhan kita.. Ya Allah. Yang tak pernah melupakkan kita. :)

Dunia yang lebih indah itu. Kadang kadang kita yang mencorakkannya!


Wujudkan Cinta Sebelum perkahwinan?



"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Pengenalan 

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

"Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain. Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan


Cinta Sebelum Perkahwinan`


Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.
Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right
person for us?" Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan
dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua. Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah
segala-galanya. Benarkah begitu.Cinta itu boleh datang dan pergi.Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang?

Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya kita telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama

2. Menyayangi Pasangan

3. Kesihatan

4. Zuriat

5. Kewangan

6. Kerjaya dan Cita-cita

7. Kesesuaian

8. Persefahaman

9. Keluarga Mertua


Ilmu itu luas. Bak kata orang Johor. Luaskan kuasaMu dan Luaskan ilmuMu.

Encik S.
Memateri hati beliau,
Sudah tiba masanya.

No comments:

Post a Comment