Tuesday, February 11, 2014

Muslimah itu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tips zaman remaja anda.. 

Amalkan 3 P, yang pertama ialah pause. Tekan butang pause dan ingat kembali akan apa cita-cita kita di universiti. Apahkah tujuan kita di sini, tempat kita belajar, mesti ingin membanggakan ibu bapa betul tak? Namun, apa yang kita buat selama ini, kita enjoy, kita bersuka ria, kita main-main? ingat walaupun ibu bapa kita tak nampak apa yang kita lakukan di universiti, percayalah bahawa Allah itu Maha Melihat dan apa yang syawal pasti kebenaran itu akan muncul akhirnya dan hanya masa yang akan menentukkanya. Seterusnya,
P yang kedua ialah priorty, inil adalah benda yang paling penting dalam hidup kita. Kita perlu utamakan apa tujuan kita masuk universiti. Tujuan kita masuk universti adalah untuk menuntut ilmu dan belajar tentang sesuatu kepakaran. Itulah yang sedang syawal lakukan. Bermula dengan pelajaran aliran sains, kemudian terjun ke aliran sastera semasa tingkatan 6 kerana minat yang mendalami dalam bidang sejarah atau lebih tepat sekali dalam bidang sosiologi dan antropologi kerana minat mengkaji ketamadunan Islam yang pada suatu ketika dulu gah di serata dunia namun kita tenggelam dan semakin layu. Teringat kata-kata seorang sahabat berbangsa cina dan beragama kristian dan merupakan kawan baik syawal. Dalam sesebuah kerajaan itu akan sampai satu tahap di mana sesebuah kerajaan itu akan akan mengalami zaman kejatuhan, begitulah yang berlaku dalam tamadun Islam. Disebabkan tamak haloba, gila kuasa dan maksiat serta tidak mengikut perintah Allah menjadi punca kejatuhan kerajaan Islam yang gah satu ketika dulu. Seterusnya memilih untuk mengikuti pengajian di dalam bidang kewangan pula kerana untuk menjadi seorang yang berkaliber perlu memiliki ilmu yang luas ilmu yang banyak dan untuk menentang pihak musuh kita perlu belajar daripada musuh kita. Ingin belajar konsep kewangan yang dicipta oleh barat, ingi mengkaji, dan ingin menganalisis bagaimana barat boleh menguasai dunia dengan mencipta pelbagai peraturan kewangan yang akan membeban kita. Semasa zaman rasulullah sudah akan kewangan Islam dan ekonomi Islam. Tapi kenapa kita tidak amalkan sekarang? sebabnya kita tertipu dengan sistem yang direka oleh barat. Hehe. Semakin banyak mengkaji terasa semakin jahil diri ini. Perlu banyak lagi yang perlu berlajar.

Dan P yang ketiga adalah pergi, pergilah anda merantau menuntut ilmu. Pergilah anda untuk melakukan kesalahan, Pergilah kamu untuk melakukan kesilapan, pergilah kamu untuk berani melakukan keputusan. Dengan "P" inilah anda akan belajar, belajar bagaimana untuk hidup di dunia ini. Teringat kata-kata saudara Adlu kan, seorang Mualaf berbangsa Cina yang menerima Islam pada usia yang muda. Kenapa dia yakin untuk menerima Islam pada usia yang muda? sebab dia yakin bahawa yang Allah akan menjaga kita, akan sentiasa berada di sisi kita. Perlu kita ingat bahawa, kita akan melakukan kesilap namun dengan kesilap itulah kita akan belajar. Kadang-kadang kita ini tidak tahu apa erti rindu, tuhan akan menghantar seseorang untuk mengajar erti rindu. Kita akan bersahabat seorang seorang kawan, lama kelamaan kita akan rindu padanNya. Namun rindu ada batasnya, rindulah yang lebih adalah untuk orang yang hal bagi anda. Betul tak?

Jadi, alamkan 3 P yang syawal cadangkan itu, pause seketika dan ingat balik tujuan kita di universiti ini. P kedua ialah priorty, ingat keutamaan kita adalah untuk belajar jangan sibuk dan sibuk cari si rusuk kiri ja. Bahagiakan ibu bapa anda dan insyaALLAH anda akan bahagia dengan sendirnya. hehe. P yang terakhir ialah pergi. Pergilah melakukan kesilapan dan jangan takut untuk gagal.

Satu perkongsian khas untuk anda yang comel lotey.. :)

Muslimah itu umpama ranting yang berduri..
Jangan berani sentuh kalau tidak mahu terluka.


Muslimah itu,

Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.

Encik S,
Tepi sawah padi,
tempat ayahku membanting tulang.


No comments:

Post a Comment