Tuesday, May 20, 2014

Adakah insurans haram?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini syawal nak kongsi pengalaman pergi taklimat dan temuduga satu syarikat yang bernama Usrah Assiociations. Syarikat ini membuat satu program printis kepada pelajar UUM yang berminat untuk belajar ilmu tentang kewangan Islam. Yang menariknya adalah segala kelas, kemudahan, elaun, tempat tinggal dan lain-lain disediakan. Bukan niat syawal ingin mengecam dan mengutuk bahkan memuji pelajar-pelajar universiti sekarang yang rata-ratanya mereka tidak ingin mengambil peluang yang terhidang di depan mata. Tak cuba untuk melangkah lebih jauh, tak berani dengan cabaran dan risiko yang akan berlaku di masa hadapan. Yang pelajar universti sekarang tahu hanyalah, berseronok, pergi kelas, belajar, bergosip, jawap exam dan akhirnya lupa apa yang dipelajari dalam kelas. Dan akhirnya apabila keluar berdepan dengan realiti kehidupan, mereka merungut itu tak boleh, ini tak boleh, ini takut, mahu kerja senang, duduk dalam pejabat sahaja boleh?

Mana diri anda sebagai mahasiswa? layakkah anda dipanggil mahasiswa? orang yang pandai dalam sesuatu ilmu dan bidang yang dipelajari. Tepuk dada tanya iman. anda memang tak layak andai tidak menyampaikan atau mengamalkan apa yang anda pelajari di universiti. Lagi satu, satu ayat yang menarik minat syawal yang keluar daripada pihak temuduga tersebut adalah. " adakah ada masuk universiti terus mendapat segulung ijazah? tidak kan? begitulah juga kehidupan, andai ini ada ingin belajar sesuatu, yang pertaman sekali anda perlu mencari guru. Kemudian, dengan menggunakan ilmu yang ada itu sampaikan kepada orang lain.

Hari satu nk kongsi satu ilmu berkaitan dengan kewangan islam. Alhamdulilah dipermudahkankan, selesai taklimat syarikat tersebut dan selesai temuduga, dipermudahkan oleh tuhan yang esa untuk menghadiri pada kelas pada malam itu juga.

Pada malam itu, diberikan taklimat tentang asas2 kewangan islam dan kebanyakkan pelajar susah memahami. Jadi, kami fokus terhadap yang yang syarikat itu jalan.

Usrah Associates adalah satu syarikat perunding kewangan islam. Memang cita-cita syawal ununtuk menjadi penasihat kewangan Islam setelah berjaya melanjutkan pelajaran ke UUM. Alhamdulilah segala perancangan dan berkat doa ibu bapa di dalam redaNya insyaALLAH. Teringat soalan intiview tersebut. Kenapa syawal, kamu memilih bidang kewangan untuk meneruskan pengajian kamu? bahkan dulu kamu aliran sains, kemudian kamu aliran sastera, kemudian apabila memasuki aliran universti kamu mengambil bidang kewangan? Jauh berbenar pejalanan hidup kamu. Ye, memang berbeza. Tapi itulah pengalaman yang orang lain tak rasainya. Jawab syawal mudah sahaja. " tengok kepada ilmuan Islam dahulu, adakah mereka hanya mahir sesuatu bidang sahaja? walaupun mereka ulama, ustaz yang mahir dalam ilmu tauhid, figh, fekah dan lain-lain. Namun mereka juga ada pengkhususan dalam bidang masing masing? betul tak? contoh macam ibnu khaldun, al farazi dan lain-lain lagi.

Dan satu lagi persoalan. Kenapa syawal hang amek bidang kewangan yang pure? bukanna itu semua adalah ilmu itu orang barat yang cipta? penuh dengan riba? kenapa perlu tak amek kewangan islam? Mudah juga syawal menjadi, tanya diri kita? Islam kah kita? mesti Islam kan. Jadi, kenapa perlu kita belajar lagi sedangkan ilmu sejak drpd kecil kita belajar? Tengok betapa berjaya pihak barat menjajah minta minda umat-umat islam. Untuk kita mengalahakan pihak musuh. Adalah perlu untuk kita belajar kekuatan pihak musuh. 

Tapi, kalau nk cerita pasal itu sampai besok pun tak abis. hehehe. sekarang syawal nak bincang tentang sistem kewangan Islam (takaful) dan sistem kewangan barat (Insuran)

Takaful adalah kata terbitan bahasa arab iaitu  "kafal" yang bermaksud "jamin". Takaful membawa konsep Islam yang memastikan setiap pelabur dalam takaful mendapat nak pelindungan andai berlaku sesuatu musibah. Tak perlu syawal jelaskan dengan lebih lanjut, jika kita mengunakan konsep islam sudah pasti Allah swt reda dengan apa yang kita lakukan.  Selain itu, yang pasti takaful adalah satu polisi yang berlandaskan Islam, Tiada unsuru maisir(judi), tiada riba, dan tiada unsur gharar(ragu-garu). Manakala insuran ada semua unsur2 yang syawal sebutkan di atas. Nak tahu kenapa? mai syawal mudahkan untuk anda semua.

Konsep takaful.
Takaful adalah satu konsep kewangan yang memberikan pelindungan dan jaminan kepada para pelabur. Takaful terbahagi kepada dua, iaitu simpanan dan derma. Konsep pelindungan sama seperti insuran. tapi kaedah yang digunakan adalah mematuhi syariah kerap tiada unsur-unsur gharar dalam takaful keran, duit yang kita laburkan kita simpan, dan duit yang kita letakkan untuk sebarang kemungkinan(risk) yang kita dermankan. Jadi nampak itu situ akan cantiknya kewangan Islam.

Bercakap berkaitan insurans pulak adalah kita membeli insurans, dan bukannya seperti takaful yang yang akadnya kita menyimpan dan menderma. Kalau berkaitan dengan insurans, kita membuat kontrak jual beli..

Sebab apa insurang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?

Ingat ye. Insuran adalah mengunakan kontrak jual beli, Maksud yang boleh kita membeli risiko daripada syarikat insurans. andai berlaku musibah barulah kita layak mendapat tuntutan terhadap insurans itu? kalau kita tak claim? jadi apa? cuma dapat kurangan bayar untuk tahun yang akan datang kan? mana duit kita? hangus kan... fikirlah sendiri.

Rukun jual beli.
1. Pembeli
2. Penjual
3. Barang
4. Akad

Kalau kita beli sesuatu produk, andaikan tiada salah satu akad dalam rukun di atas. agak-agak anda la, sah tak pembelian kita? andaikan anda membeli insurans? adakah anda nmpak produk insurans apa itu? anda rasa? fikirkanlah.

Lagi satu syawal nk tegaskan di sini adalah konsep riba? konsep ini adalah meletakkan harga yang berlebih-lebihan dalam urusan jual beli. Dan konsep riba ini diguna pakai dalam insurans. Kita baru beli sebulan insuran, berlaku musibah? dan kita terus mendapat pelindungan berkali-kali ganda seperti yang terdapat dalam polisi insurans? orang yang bertahun-tahun membayar tiada mendapata apa2 pulangan langsung? nampak tak konsep riba di situ?

Konsep nasib dalam insurans? bergantung kepada nasib, tak tentu, kalau ditakdiran baru dan memenuhi apa yang ditetapkan oleh polisi insurans. baru kita layak untuk tuntun insurans. oleh itu konsep ini menjurus kepada konsep perjudian. sebab itu insurans? fikirkanlah sendri.

Encik s,
Mari kembali kepada Islam,
Simple.
Perundingan kewangan anda.