Sunday, May 18, 2014

Bahagia itu anda yang cipta! woha..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Wahhhhhhhh
Sebenarnya lama Encik s tak bercoleteh di sini, rindu banget dengan gua punya blog yang busuk masin, masam ini gamaknya. Adoi adoi adoi, kena hang syawal perlukan speaking indon di sini. Haha. Maaf, maap semua. Encik s ini kadang-kadang tak berapa betul andai dilanda kestressan dalam akhir-akhir sem inilah. Waktu kemuncak ini bermacam-macam kerja kena lakukan seperti kelas, kuiz, exam, presentation, bla bla dan banyak lagi. Eh, hang duk bajet artis boleh. meluattttt... fullstop.

Baik, setannnn keluaq drpd badan syawal nie. pleaseee. (Sambil buat muka comel) {>.<}

Okay, hari ini kita akan kembali serius. waawaha. encik s nak serius ke? alamatnya nk kiamat dh hampir. jum p masjid. HAha!.

Sudah.sudah.sudah syawal. nampak sangat ketekanan awak itu tahap super saiya dh. Hari ini syawal nak kongsi cerita. Cerita ini bertajuk " jangan berputus dengan rahmat tuhan" Kepada syawal tak bercakap jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt?

Sebabnya tidakkan kita sedar yang hidup kita ini dikelilingan oleh dengan orang belum islam. Jadi, apakah tanggungjawab kita dalam berdakwah kepada mereka? Perlukan kita berdakwah kepada mereka dengan mengatakan sana, situ, sini, semuanya haram? Salah sebenarnya pendekatan kita untuk menunjukkan yang sebenarnya diajarkan dalam Islam yang tercinta ini. Guna istilah tuhan dalam mendekati mereka, kerana orang-orang di sekeliling kita yang belum islam pun mereka percaya kepada tuhan, tapi adakah mereka beramal dengan? Jadi, tugas kita lah untuk mengajar mereka apa ertinya hidup jika mempunyai tuhan di dalam jiwa kita. Tidak takutkan di akhirat kelak kawan kita yang belum islam menuduh kita tidak menyampaikan apa yang terdapat dalam agama Islam? Tidak anda akan dipersalahkan kerana tidak berkongsi keindahan agama islam dengan kawan-kawan yang belum islam? Mesti tidak kan? Jadi, walaupun kita tidaklah sesempurna mana, namun berusahalah untuk menjadi lebih baik daripada selama.

Syawal pun bukanlah baik, daie, ilmuan apatah lagi agamawan. Syawal adalah seorang insan yang sering melakukankan dosa dan berusaha untuk menjadi lebih baik pada hari-hari yang akan mendatang. Jadi, syawal jadikan penulisan ini untuk menghalang syawal daripada melakukan apa yang tidak diredai oleh tuhan. Semoga setiap langkah ini mendapat redanya. InsyaALLAH.

Jangan "putus dengan rahmat tuhan"


Layakkah kita hidup di dunia ini tanpa rasa bersyukur,
Layakkah kita merasai nikmat di dunia ini tanpa perlu dikongsi,
Layakkah kita sering bersedih andai ramai lagi luar sana sengsara,
Layakkah diri ini merungut kesusahan anda di luar sana penuh kepayahan...

Memang anda tidak layak untuk semua itu, yang perlu anda lakukan untuk muhasabah diri sendiri.. Melihat diri sendiri sedalam-dalamnya. terjun ke dasar hati anda untuk mencari sesuatu yang hilang. Yup, anda kehilangan cinta kepada tuhan yang esa, Ya Raabbi. Kembalilah mendapat cinta tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mentadbir bulan dan bintang serta matahari bergerak dalam paksinya.

Coretan di waktu mencari kekuatan untuk belajar dan terus berlajar. Syawal perlukan doa kalian untuk diberikan kekuatan untuk study dan pada waktu yang sama berkerja, dana pada yang sama untuk membantu umat Nabi Muhammad.. Itu matlamat syawa. Harap dipermudakah urusan.

Di waktu anda stdy, tanyalah khabar orang anda sayangi di rumah, di waktu anda berkerja, ingatlah orang yang membesarkan anda daripada kecik tapak kaki, dan di waktu anda kesedihan, buatlah terbaik untuk keluarga anda dulu. Cinta tanpa ikatan yang sah hanya khayalan semata-mata.


Encik s,
Business is sunnah,

Urus wang gaya nabi yusuf,
Murabbi gajet.


No comments:

Post a Comment