Tuesday, June 28, 2011

Mencari kebenaran


Peristiwa yang penting untuk umat islam ialah israk dan mikraj. Semua sudah maklum tentang kejadian tersebut yang menceritakan perjalan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh. Namum, peristiwa yang paling penting ialah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam. Bagi memberkati hari yang mulia ini, kita mulakan dengan membaca Al-quran. Berlaku satu kejadian yang syawal tak sangka kerana persoalan yang bermain di fikiran syawal terjawab. Tidakah pernah kita terfikir.


Syawal tertarik dengan ayat yang syawal baca semasa pagi tadi dan rasa nak kongsi dengan semua orang. Kita tahu di dunia ini ada banyak agama, tetapi adakah agama islam itu benar. Jadi persoalan itu terjawab setelah syawal membaca terjemahan surah Al-i-Imran ayat 19. Syawal rasakan sedang berkomukasi dengan-Nya kerana ini dalam fikiran syawal selalu terfikir, adakah agama yang kita anuti ini benar. Jika benar, apa buktinya.


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّـهِ فَإِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿١٩﴾

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.


فَإِنْ حَاجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّـهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ ۗ وَاللَّـهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ ﴿٢٠﴾

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya


Syawal bukanya nak mentafsir ayat al-quran di atas. Cuma untuk renungan bersama disebabkan oleh persoalan yang dikemukan oleh sahabat syawal. Harap dapat menambah sedikt ilmu dan ditetapkan iman. Kita cuma hendak mengenal cinta antara manusia berbanding mengenal pencipta kita iaitu tuhan di dunia ini. Setelah kita mengecapi cinta dari sang pencipta. Insyallah cinta sesama manusia akan lebih manis. Apa yang terjadi dalam masyarakat kita adalah terbalik kan? Masa tua baru ingat kat tuhan. Ingatlah kematian itu bukannya berlaku waktu kita tua saja.

No comments:

Post a Comment