Wednesday, February 15, 2012

Masih solo, berbanggalah sahabatku..")



assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
  Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari jadi kepada Velentino Rossi pada tarikh yang tak diketahui LOL. Saya minta maaf, saya muslim dan agama saya melarang untuk menyambut Velentine. Orang yang menyambut perayaan ini pada pendapat saya ialah manusia bertopengkan syaitan. Hal ini tidak berkaitan dengan agama kerana menurut kawan yang beragama kristian mereka turut tidak menyambut perayaan tersebut. Saya tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut tentang perayaan ini disebabkan anda semua mesti lebih arif dengan perayaan Velentino Rossi ini. Anda tidak menyambutnya? taniah saya ucapkan dan jangan dijadikan waktu ini untuk berdua-dua bersama-sama kekasih di kawasan seperti dataran, kawasan reakrasi dan sebagainya.
 Ada satu cerita. ini adalah pengalaman syawal sendiri. Masa syawal kecik-kecik dulu, syawal selalu pergi berjogging kat Taman Rimba dengan abang syawal. Waktu itu dia duk belajaq kat UIA dalam bidang engineering, tapi sekarang dah kahwin dan dah ada seorang anak perempuan yang comel dan isteri yang cute tapi takleh syawal lagi LOL..  Semasa duk berjalan pas penat berjogging, kami terlihat sepasang kekasih yang muda sedang berdua- duaan di sebalik pokok bunga taik ayam. Syawal pun tanya la kat abang " lepa duk buat apa itu, jogging juga ka?. haha, betapa jahilnya nya masa itu. Abang syawal meminta syawal untuk teman dia untuk tegur pasangan tersebut. Abang berkata " Assalamualaikum, dah kahwin belum? pasangan tersebut tersentak diam seribu bahasa. Menyedari mereka melakukan kesalahan, lelaki tersebut segera meminta maaf sambil bersalam dengan kami dengan menyatakan bahawa mereka sudah bertunang dan akan berkahwin bulan depan. Tada, tamat cerita.
  Apa yang syawal nak tegaskan ialah, mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama dan bertunang bukannya tiket untuk berdua-dua taw! Kena nikah dulu")

Disebabkan dah masuk bulan febuari ini. ramai yang pasang niat nak 'berkapel' disebabkan sudah masuk bulan kasih kekasih kan? Jika anda niat seperti itu, baik lupakan saja. Tujuan saya menulis tentang hal kekasih ini untuk menasihati diri sendiri yang jalil ini serta anda semua yer") semoga di dalam rahmati-Nya")
  Umur sudah semakin meningkat... tetapi belum mempunyai kekasih atau 'boy/girlfriend'? SubhanAllah, anda telah menjaga hati anda daripada dilukai. Ramai orang yang memandang serong kepada individu yang tak pernah bercinta. Pelbagai andaian dilemparkan seperti 'gay la hang ni' ' tak gentlemen la xkapel'. Kepada yang menerima pelbagai tohmahan ini saya nasihatkan banyakkan bersabar. Anda patut berbangga menjadi orang yang ganjil.
 Untuk anda yang sudah kapel tapi dah putus, jangan la terus menerus memikirkan tentang Ex anda yang tak pernah nak ingat kat anda. Percayalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang tak terhinggaaaa.. Nikmat kapel ini hanyalah sementara, tapi nikmat di akhirat kekal buat selama-lamanya.

  Memang tak dinafikan perasaan cinta adalah fitrah manusia. Nabi Adam dulu pun sunyi apabila keseorangan di syurga. Di syurga pun bosan beb? Masa kita duk belajaq duk ustaz/ ustazah duk cerita kenikmatan dan keseronokkan hidup di syurga kan, sungai yang mengalir tenang, minta p la apa pun semua dapat.. Syawal cukup syok kalau ustazah cerita pasal syurga sebab duk bayangkan bagaimana hidup di sana, minta buah anggur dapat, minta buah nyok nah jatuh atas pala. sakit. Itu bukan buah nyok naa. tapi kena luku dengan kawan sebelah sebab tak fokus time belajaq. Tetapi,  Bayangkan betapa hebatnya Hawa... bidadari kat syurga pun tak leh lawan kehebatan hawa menceriakan Nabi Adam sampaikan baginda mencipta wanita sebagai peneman. oh, so sweet.. Syawal pun nak juga, hehe.

  Tetapi, sebelum kita duk memikirkan nikmat hidup di syurga semasa di ahkirat kelak. Apa kata kita mencipta syurga cinta di dunia. Waw, macam filem la pula.. Tapi kita bukan nak hidup berpandukan filem, namun 'We back to basic" iaitu menurut Al-Quran dan Al sunnah serta perilaku idola kita adalah Baginda Nabi Muhammad SAW.

  Cuba kita renungkan kisah percintaan teragung antara Nabi Muhammad dengan Siti Khatijah dan Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah. Betapa indahnya kisah pencintaan mereka jika di dalam keredaan Allah. Malangnya mengapakah kita terlalu segan untuk mengikutinya.Tak sesuai zaman sekarang? terlalu kuno? tak syok? jika anda berfikiran seperti itu ternyatalah fikiran anda telah dicemari. Kita lebih menyokong apa yang Barat momokkan ke dalam pemikiran kita menerusi filem-filem yang berkisarkan kisah percintaan yang romantik. Ingatlah semua itu hanyalah nikmat di dunia sahaja.
   
Sekian-




















No comments:

Post a Comment