Friday, February 10, 2012

Kedinginan subuh.. ")

Waktu Dhuha.. jom2 ")
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Alhamdulilah, usai sudah syawal menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau berdekatan dengan rumah. Dalam kedinginan subuh, kaki ini digagahkan untuk menunaikan solat secara berjemaah setelah mendengar seruan azan. Hal ini di sebabkan gara-gara terniang-niang sepotong hadis yang di riwayatkan oleh HR.Muslim:

  Rasul saw telah bersabda: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat darjatnya.” (HR.Muslim).



 Satu kejadian yang syawal ingin ceritakan adalah apabila selesai iman memberikan salam, syawal duduk berteleku sambil menundukan kepala dan menglafazkan zikirullah. Tiba-tiba, mata syawal tertarik dengan gelagat jemaah di surau tersebut yang memenuhi dua baris saf kira-kira 20 orang jemaah. 
   Setelah iman memberikan salam, bangun seorang pakcik yang berumur dalam 50an dengan segera meninggalkan muka pintu surau. Dalam ketika itu, dalam kecilku terdetik " mungkin pakcik ini ada urusan yang perlu diselesaikan. Bersyukur sangat sebab syawal tidak menjadi orang yang pertama meninggalkan rumah Allah swt ini. 
   Kemudian ada seorang kanak-kanak disebelah syawal yang berumur dalam lingkungan 12 tahun bangun meninggalkan jemaah. Hati kecilku berdetik lagi "tak aku nak jadi orang yang ketiga meninggalkan surau ini.. tunggu dulu la"
    Beberapa minit kemudian dalam 5 minit kalau tidak salah syawal. Satu persatu jemaah meninggalkan ruangan solat untuk pulang dan tinggal hampir setengah jemaah di situ. Syawal pun mengambil keputusan untuk keluar kerana ada hal yang perlu dilakukan. Bermonolog ku sendirian " Eh, kalau syawal nak jadi orang terakhir taleh pula, mesti tok iman akan jadi orang terakhir sebab dia nak jaga surau ini, kemudian kalau syawal jadi  orang yang tengah-tengah keluar dari surau ini boleh juga kot. Jadi bersederhana la dan setiap perbuatan. Jangan hendak jadi nombor satu ja selalu sebab takut lupa diri dan jangan la pula hendak jadi nombor terakhir ja sebab takut jadi rendah diri pula. Oleh hal demikian bersederhanalah dalam setiap perbuatan"


Pengajaran daripada cerita di atas atau 'The moral of story'


1. Jangan tergesa-gesa keluar dari masjid/surau. Hal ini sering syawal lihat adalah ketika solat jumaat sampai tok iman khutbah jumaat selalu duk perli dengan kata-katanya yang berbunyi " dan dan tok iman bagi salam, berderu orang keluar dari masjid, bukan jemaah masjid kita masjid lain tu, jemaah kita baguih2 semua"
2. Bersederhanalah dalam setiap perbuatan.
3. Jangan lupa solat subuh.. hehehe
4. Kalu ada hal 'emergence' takpa.")
5. Solat jemaah 27 kali ganda pahala.. Tapi kalau solat sorang2 kena diskaun la.

No comments:

Post a Comment