Tuesday, January 24, 2012

Kasih seorang Ayah..

Bunga tahi ayam nama diberi,
semua selamat pagi.
   Semalam, syawal bersama-sama rakan-rakan pusing bandaraya Alor Setar untuk memerhati gelagat masyarat Cina di Malaysia dalam menyambut Perayaan Tahun Baru. Masyarakat di Malaysia sangat unik kerana terdapat banyak perayaan yang dapat berkongsi bersama seperti Depavali, Krimas, Aidil fitri dan sebagainya. Bagi umat islam, kita terdapat kekangan untuk bersama-sama untuk meraikan perayaan-perayaan lain. Terutamanya berkaitan dengan upacara yang boleh memesong akidah. Tak salah untuk bersama-sama untuk merayakan sebarang perayaan. Tapi, pada pendapat syawal, apa yang penting adalah niat kita yang penting agar tidak terpesong aqidah sebagai contoh kita berniat untuk mengeratkan silaturahim sesama rakan yang berlainan bangsa dan agama.

    Setelah penat pusing satu "aloq setaq". Kami berhenti di sebuah restoran dekat jalan putra, Syawal nak kongsi satu cerita berdasarkan pemerhatian syawal di restoran tersebut:

      Ada dua insan yang menarik perhatian syawal, seorang ayah yang berbangsa cina dan seorang kanak-kanak perempuan juga berbangsa cina. ayah membawa anaknya untuk menikmati makan malam. Mungkin disebabkan esok ialah Tahun Baru Cina jadi ayahnya nak banyak anaknya itu makan besar kot. Daripada penampilan luaran ayahnya, nmpak macam 'gangster' pun ada kerana melalu pemerhatian syawal ayahnya itu tampil dengan rambut berwarna perang, bersinglet nampak ketiak, berseluar pendek dan badan agak 'tough' manakala anak perempuannya sangat comel dan muka macam tidak bersalah dengan rambut panjang, muka putih berseri-seri, sejuk mata memandang. Memang nampak perbezaan yang ketara antara ayah dan anak perempuannya itu.
  Istilah 'dont judge book by it cover' ini bermain di fikiran syawal. Jadi syawal hubungankan situasi yang dialami dengan perumpamaan itu. Jadi benarlah perumpaan itu yang membawa maksud jangan menghukum seseorang atau menilai seseorang dengan hanya memandang dari segi luaran sahaja. Hati itu penting.Namun, terharu syawal melihat ayahnya yang agak 'gangster' itu sangat lembut lembut melayan karenah anak kecilnya itu. Kanak-kanak perempuan itu seakan-akan tidak biasa makan di restoran itu dan sangat pendiam sambil membetulkan kedudukkan kerusi yang rendah dari meja makan yang agak tinggi itu kerana dia kecil lagi. Sementara itu, ayah yang terlihat kedaan itu mengambil satu lagi kerusi untuk ditambah pada kerusi yang asal agar lebih tinggi. Selepas itu, budak perempuan itu dapat duduk dengan selesa. Kemudian, tiba waktu makan kerana roti canai yang dipesan sudah sampai. Gelagat budak perempuan yang menarik perhatian syawal ialah dia tak mampu untuk mencucuk roti itu dengan garpu, kadang kala dapat dan malangnya yang terjadi ialah roti itu selalunya jatuh dan tak sempat untuk masuk dalam mulut. Lalu, ayahnya tersedar mengenai hal itu. Ayahnya memandang dengan penuh kasih sayang lalu membantu anak kecilnya meyuap satu persatu roti tersebut serta sabar menanti anak mengunyah roti itu sehingga lumat. Bahkan ayah tidak menghiraukan makanan miliknya tetapi memandang wajah jernih anak perempuannya itu. MasyaAllah, hebatnya kasih sayang seorang Ayah!

  Kesimpulannya, hargai pergorbanan ayah kita walaupun apabila kita sudah besar lebih-lebih lagi wanita di luar sana. Nanti apabila anda sudah berkahwin, anda akan menjadi tanggungjawab suami anda. Jadi gunakan masa yang ada ini dengan sebaiknya....

 Selamat menyambut Tahun Baru Cina

## Cerita itu ada daripada sudut pandangan syawal..")
       
     

No comments:

Post a Comment