Friday, February 8, 2013

Rindu hampa semua.. Dh besaq adik-adik syawal ini.

Seronok. Gembira. Puas. Selasa lepas, Syawal diberitahu oleh sahabat syawal iaitu Thoriq bahawa adik-adik syawal ada pertandingan ragbi MSSD daerah Kota Setar. Ini memang acara wajib untuk menjadi tontonan syawal dan kawan-kawan lain di samping dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama.


I'm glad to watch my younger collegian play well against smk Syed Omar. Then, all the best for this evening game against SAINA. 
Ini nak cerita pasal adik-adik syawal yang sudah besaq panjang.. hehe. teringat dulu semasa syawal form 5 semasa di hostel dulu. Muka adik-adik ini suci murni lagi waktu masuk. Untuk pegetahuan semua, syawal diamanah untuk menjadi adik-adik baru tingkatan 1. Wah, teringat la kisah mencari jambu ketika ini. Ish2, syawal dengan budak pun nak berjambu. hehe, xdak ada la jambu sangat. syawal jaga mereka macam adik sendiri. Dorm dekat kolej ini lain sikit. tak seperti sekolah-sekolah lain yang dorm dia macam kelas pun ada.. mcm xbest ja. dorm kolej ini dia memanjang. nak tahu macam na? Senang cerita macam penjara la. hehe. jenis nak masuk dorm ada satu pintu ja. Tapi untungnya, katil syawal betul-betul depan pintu. Waktu pendaftaran selesai. bermulalah misi adik-adik ini mengangkat beg masing-masing untuk masuk ke dorm. syawal dengan muka peramah lagi cute miut(berlakon ja ni) sebab adik-adik ini menbawa segerombolan ibu ayah, sepupu sepapat dan adik beradik duk melihat dorm yang tercantik ini. Terpaksa la syawal melayan karenah ibu bapa yang berpesan agar syawal dapat menjaga anak-anak mereka, kalau buat salah teguq la, kalau tak dengaq cakap, ragging ja.. wah, lama susah tak dengan perkataan ragging ini. duk waktu sekolah selalu kena sbb kenakalan yang terlampau.. hehe. sekarang tidak ada dh. sudah besaq dan perlu menjaga adik-adik yang nakal pula.

Tudia, mai tengok adik-adik syawal yang disayangi.. dulu kenal waktu form 1.. tak sedaq sekarang mereka sudah tingkatan 5. cepat sungguh masa berlalu kan. pejam celik pejam celik adik-adik yang syawal jaga semasa tingkatan 5 dulu sudah besaq panjang!!!! besaaq daripada syawal pun ada.. 4 tahun lepas haluih-haluih saja.. hehe.

Kegembiraan terpancar setelah mendapat Medal masing-masing. Semoga adik-adki semua berjaya di dunia dan akhirat :)

No comments:

Post a Comment