Sunday, February 17, 2013

Terima kasih sahabat.....

Alhamdulilah, bersyukur kepada Ilahi kerana telah memanjangkan umur syawal untuk merasai kehidupan sebagai seorang mahasiswa untuk semester yang kedua ini. Bersyukur lagi segala perancangan masih terkawal. Segala yang berlaku tidak kira perkara itu mematahkan semangat atau mengembirakan syawal, syawal tetap bersyukur apa yang berlaku. Hal ini kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya, jika kita diuji itu tandanya Allah sayang seperti mana syawal sayangkan kawan-kawan semua.

Imbas kembali..(semester pertama)

Banyak yang berlaku pada waktu ini, nak dipendekkan cerita... Orientasi, dapat bilik tingkat 5 dan roomate untuk seminggu. Hal ini disebabkan roomate berpindah dpp Bsn kerana mengikuti program PALAPES. Walaupun hanya bersebilik hanya seminggu lebih, setiap detik syawal bersama dengan dia masih terpahat di hati ini. Hal ini disebabkan syawal agak sensitif dengan asap rokok, tapi demi menjaga hati syawal dia rela p jauh-jauh untuk untuk menjalankan aktivitinya. Tetapi kekadang kena berleter kalau syawal nampak, hal ini disebabkan syawal sangat sayangkan sahabat-sababat syawal. Syawal tak nak mereka menderita, sakit, dan sebagainya..

Walaupun kami tinggal di dpp lain, syawal dengan bekas roomate masih berkawan. Dia sering datang ke dpp syawal untuk ajak jalan-jalan. Memang best la, merata syawal meronda dengan dia. Dan tinggal la syawal sorang-sorang di bilik aras 5 ini. Nasib la jiran kat aras lima ini baik, mereka sering datang ke bilik syawal untuk bertanya khabar. Kat aras ini syawal ada 5 orang kawan baik, pertama syahidan duk sik dia kerap mai bilik duk main game, kedua Amirul berasal drpd kuala terengganu, ketiga Alif berasal daripada kelantan keempat azizi berasal daripada johor dan kelima adalah syawal sendiri. hehe. Walaupun berbeza tempat tinggal dan berbeza dialek bahasa. Hal itu tidak dapat memisahkan keakraban kami semua. Kami hidup macam satu family dah dekat aras 5 itu. Solat sama-sama, Makan sama-sama, pergi kelas sama-sama, Mandi sama-sama, gaduh sama-sama, cakap bahasa kampung masing-masing sama-sama( mesti hampa hairan macam na kan) tidur sama-sama, main game sama-sama, stdy sama-sama berwalaupun berlainan kos semua.. Di situ syawal terfikir, perbezaan antara kita dengan rakan-rakan tidak akan menjadi halangan untuk kita bersaling berkenal-kenal. Bahkan perbezaan yang kami ada telah mengeratkan tali persaudaran antara kami semua. Indahkan perancangan yang telah Allah swt telah aturkan, terpulanglah kepada kita untuk berfikir. Syawal nak kongsi satu ayat.


Firman Allah Ta‘ala (al-Hujurat 49:13) - Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.

Walaweh, tidak kita mahu berfikir lagi. Jika berkesempatan, cuba renungkan apa yang telah Allah swt kurniakan kepada kita supada kita sentiasa bersyukur. Memang lumrah manusia untuk berasa tertekan atau "down" apabila ditimpa musibah atau perkaran yang menyedihkan. Tapi apa yang syawal sedihkan adalah kita terlalu sombong dengan masalah kita hadapi itu. Kita rata-rata lebih suka untuk memendamkan masalah kita hadapi itu, sedikit-sedikit kita pendamkan masalah itu lama kelamaan akan menjadi luka dan sadis dalam hati kita. Nauzubillahiminzalik, harap dijauhkan kita semua itu. Sombong sangatkah kita? untuk berdoa kepadaNya? Merintih padaNYa, sujud padaNya. Kita kena ingat, doa itu adalah doa bagi umat islam. Jika kita diuji walaupun setiap semester yang kita jalani, ingatlah bahawa rahmatya melangit tinggi. Mungkin Allah rindukan akan rintihan hamba-hambaNya? Janganlah terlalu sombong sahabat-sahabat semua untuk mengluahkannya..

Dari kiri Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali.. hehehe
Sadis juga semasa semester 1 kena duduk seorang. Tapi, Allah itu Maha Adil. Dia akan bantu hamba-hambaNya yang selalu berdoa kepadaNya. Walaupun tak dapat roomate seorang, Allah swt bagi 4 orang sahabat yang cute-muit. Serius dekat semester dua ini syawal rindukan hampa. Syawal p bilik hampa tak ada. Sudah la bilik kita semua dah jauh-jauh namun persahabat tetap di hati ini :) Namun, rahmat semester kedua telah syawal temui. Alhamdulilah. nantikan yerr






## cerita pasal semester kedua akan diterbitkan pada post yang akan datang insyAllah.. Tentang roomate kurniaan Allah swt :)

No comments:

Post a Comment