Saturday, February 2, 2013

Mencari Hidayah





27 June 2012, Nurul merupakan mahasiswa Universiti Utara Malaysia iaitu Universiti Pengurusan Terkemuka. Nurul mengambil bidang pengajian dalam jurusan Perbankkan. Selama 3 tahun setengah, dan pada ketika ini Nurul telah menamatkan semesternya ke-6 dengan jayanya. Jadi semester seterusnya Nurul akan menghadapi dunia baru iaitu praktikal. Alhamdulilah, Nurul telah ditempatkan di Bank Islam di Bayan Baru, Pulau Pinang. Nurul bersyukur kerana ditempatkan berdekatan dengan kampung halamannya.

Nurul Kegembiraan!!

2 September 2012, setelah puas bercuti dengan keluarga tercinta selama 3 bulan. Belajar memasak, buat kek, menjaga anak buah, menguruskan rumah dengan mengemas dan melengakapi diri agar lebih bersedia untuk menjadi isteri yang solehah kepada suami yang telah tercatat dalam Luh Mahfuz ketika Nurul berusia 4 bulan dalam kandungan ibu. Menurut Ibu Nurul, "Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri." Nurul hanya mampu berusaha dan menyerahkan segala yang tercatat dalam takdirnya kepada Allah swt kerana Nurul percaya bahawa Allah adalah satu-satunya tempat dia bergantung harapan yang tidak pernah mengecewakannnya.

Cinta Bunga.... Bunga akan layu
Cinta Manusia.... Suatu Hari dia akan pergi
Cintalah tuhanMu, Nyata anda tidak keciwa!!

Semasa universiti di seluruh Malaysia menerima pelajar baru, Nurul mengalami pengalaman yang berbeza kerana dia akan diterima masuk sebagai pekerja praktikal baru di Bank Islam. Title mahasiswa seakan-akan sudah terlucut dalam diri Nurul kerana Nurul akan mengharungi alam pekerjaan pula.

Persekitaran di Bank Islam ini sangat berlainan dengan bank-bank lain. Semua pekerja perlu menerapkan nilai-nilai dan budaya yang islamik dalam urusan perbankkan. Semua perkerja mestilah menunaikan solat 5 waktu pada awal waktu dan secara berjemaah. Waktu rehat pula digalakkan usrah. Woha, Nurul sangat gembira dengan suasana sebegini. dipenuhi dengan ruh Islam.

Ruh Islam ada di mana-mana sahaja.
jodoh yang baik ada di tempat baik.
jadi ingin berjodoh dengan Allah,
Mestilah dia RumahNya.

Selama 6 bulan Nurul praktikal di Bank Islam. Banyak perubahan yang dialami oleh Nurul. Nurul ketika di Universiti seorang yang aktif berpersatuan, seorang yang peramah, suka berjalan, suka makan, suka tengok bunga api, suka bergaya, suka melakukan aktiviti yang lasak dan bermacam-macam lagi. Nurul seorang yang menjaga penampilan dan suka bergaya namun belum mampu menjadi muslimah lagi. Ketika di Universiti perasaan untuk menjadi muslimah sejati telah terukir di lubuk hatinya, namun disebabkan persekitaran dan kawan-kawan hasrat itu belum terlaksana. Namun, hidayah itu milik Allah. Lama-kelamaan, Nurul sudah mulai bertudung labuh, mulai menutup aurat dengan sempurna bahkan boleh dipakai untuk solat terus. Dia juga menjaga pergaulan dengan akhwat agar tidak terlanggar syariat yang ditetapkan Islam. 

Wanita Muslimah idaman para Muslimlimin~
Wanita Solehah idaman para Solehin!

"Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya.Jadi jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu"

Nurul sangat bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah swt untuk berubah. Hidayah itu tak datang bergolek. Kita yang perlu mencarinya, getus Nurul. Nurul tidak seperti Nurul yang dulu. Nurul percaya bahawa dia telah dipilih Allah untuk membawa akhlak-akhlak dan keperibadi Islam dalam dirinya. Nurul bertekad untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan.

Gulp..

Nurul, seperti tidak percaya apabila melihat dirinya di cermin. Cantiknya ciptaan tuhan, Kecantikannya semula jadinya terserlah dengan bertudung labuh berwarna merah jambu, Dengan mata yang sedikit sepet, Berkening nipis, Berbulu mata lentik, Mata kecoklatan seperti mata orang Melayu, dan berpipi sedikit temban. Nurul dulu yang sedikit kasar, sekarang telah berubah menjadi wanita muslimah. Bermonolog nurul di hati kecilnya sambil berdoa.
"AILahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi."

Ya Allah sebagaimana Engkau cantikkan kejadian(rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.

********************
tombiroulast~


Syawal: (masa ini umur 10 tahun) Mak... Hidayah Allah itu apa?

Emak: (setelah usai mengaji) Maksud Hidayah ialah Hidayat Allah atau pentunjuk yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk mencapai kebahagian yang sejati dan abadi di dunia dan akhirat. Allah juga mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki, tetapi kita hendaklah berusaha untuk mendapatkannya dengan syarat ianya benar-benar beriman.










No comments:

Post a Comment