Thursday, April 11, 2013

Amalkan sifat ini kawan-kawan.. insyaALLAH hidup kita akan bahagia.


   Alhamadulilah, akhirnya saat-saat yang dinanti telah tiba. Iaitu cuti pertengahan semester. Setelah selama 7 minggu bergelar sebagai mahasiswa, terasa hidup ini terlalu singkat. Banyak peristiwa, pegalaman, suka, duka, pahit, penat terjadi. Sehinggakan hendak melabuhkan punggung kat bilik pun tak sempat. Masa itu emas, jadi orang yang kaya ialah orang yang mengejar masa. Kehidupan di universiti mengajar syawal akan betapa pentingnya waktu itu. Kekadang kawan-kawan selalu bertanya, “kenapa hang selalu sibuk?” Aku tak sibuk la, cuba aku mengunakan masa dengan sebaik yang mungkin. Jika anda seorang pelajar university kan? Mesti anda akan dapat melihat rakan-rakan anda yang relax, selalu main game, selalu tidur, selalu buang masa, sembang bohong(bercakap perkara sia-sia) kalau perempuan pula, bershopping, bermekap, bergosip, dan banyak lagi serta berceq pun xtahu sebab ceq lelaki. Beritahulah kepada mereka bahawa mereka adalah orang yang sangat-sangat rugi. Ingatlah bahawa waktu remaja kita tidak boleh diputarkan kembali. Waktu remaja inilah yang akan mencorak masa kita ketika dewasa nanti. Jadi kita perlu menpersiapkan diri kita dengan ilmu dan pengalaman yang penuh di dada agar kita dapat gunakan di kemudian hari.

   Kita selalunya menyalahkan orang lain tentang kesusahan yang kita alami, contohnya kalau kita tidak memahami tentang sesuatu subjek. Perkara yang sering kita dengar ialah dengan menyalahkan pensyarah yang mengajar kita subjek itu dengan pelbagai alasan seperti pensyarah itu tidak pandai mengajar la, dia mengajar kita tak tahu la, pensyarah itu garang la. Sepatutnya kita perlu menyalahkan diri kita sendiri ini. Tanya pada diri kita, adakah kita focus ketika dia mengajar? Adakah kita study dahulu sebelum dia mengajar, adakah kita tanya dia sewaktu dia mengajar tentang pelajaran yang kita kita faham? Jika anda telah buat yang apa saya nyatakan. Saya ucapkan tahniah. Sebab anda memang untuk dilahirkan untuk Berjaya. Namun, ada juga yang cakap, saya dah buat macam-macam tetapi keputusan yang saya dapat tetap sama tiada peningkatan. Ok, ini pandangan syawal. Kejayaan bagi syawl bukannya bedasarkan pointer semata-mata. Kejayaan kita yang sebenar ialah kita menjadi orang yang lebih baik daripada semalam walaupun nilai perubahan yang kita alami hanyalah sekecil 0.01 contoh. Antara contoh lain, kita berusaha untu bangun awal, hari ini bangun pukul 6.05 pagi, maka esok kita bangun pukul 6.04 pagi. Maka itu bererti suatu kejayaan kepada kita. Jadi, bersyukurlahh :)

   Redha, satu perkataan yang selalu orang sebut. Kita selalu sebut, namum adakah kita menghayatinya? Redha dalam kamus hidup syawal ialah menerima sesuatu ujian, dugaan, kemanisan, kejayaan, kegelisahan, kegalauan, kasih sayang, keperpadaan, kesulitan, kegagahan dan atau apa-apa perkara yang menimpa kita dengan ikhlas serta hati yang terbuka. Setiap perkara yang berlaku menimpa kita amalkan agar kita senantiasa senyum agar setiap yang kita hadapi akan dipermudahkan. Sebagai contoh, jika caj negative datang kepada kita, maka kita kena bersikap caj positive agar caj tersebut akan menjadi neutral. Jadi masalah akan selesai dengan cara kita bersangka baik. Sebagai contoh, jika kita mengalami kemalangan dan patah tangan contohnya, jadi sebagai manusia kita kena redha dengan takdir yang telah berlaku. Jangan kita kita menyalahkan takdir atau tuhan kerana kita mendengar doa kita jika kita selalu berdoa agar sentiasa selamat daripada kemalangan dan diberikan tubuh badan yang sihat. Kerana pada pendapat syawal, selalu ini musibah yang berlaku kepada kita adalah penghapus dosa kita atas kifarah-kifarah yang telah kita lakukan dahulu dan insyaAllah ada hikmahnya tersembunyi. Sebagai contoh berkaitan yang syawal cerita sebelum ini, kita akan lebih disayangi atau hubungan kekeluargaan kita akan semakin erat. Sebelum ini abang kita tidak pernah bertanya khabar, atau tidak bertegur sapa serta bermasam muka di sebabkan masalah silam, tiba-tiba datang beramah mesra dengan kita dan mengambil berat tentang keadaan kesihatan kita. Tengok kan? Mesti ada hikmah di sebalik apa yang kita alami. Cuma terletak kepada kita untuk memikirkannya.

   Syukurlah alhamdulilah, kita dapat meningkatkan sedikit iman kita yang kurang ini berkaitan dengan masa itu emas dan sifat redha yang perlu ada dalam diri kita, jadi selepas ini marilah kita sama-sama menjadi kerang busuk yang senantiasa tersenyum walaupun apapun rintangan, halangan, dan cabaran yang kita hadapi!!!

Surah Al-'Asr:


“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

kamus:
Ceq= saya

No comments:

Post a Comment