Tuesday, April 16, 2013

Kisah Majlis Lantunan Mahabbah " UUM BERSELAWAT"

Hari selasa merupakan hari yang sangat membahagiakan. Bukan setakat kfc buat special promosi iaitu 20% less untuk snack plate, bahkan waktu untuk berehat-rehat menyiapkan latihan + ulangkaji + buat note + pergi majlis ilmu + yang paling penting assignment. 

Pada hari yang nyaman ini tiba-tiba mesej daripada muslimin ajk Lantunan Mahabbah "UUM BERSELAWAT" berbunyi "Assalamualaikum, syawal, pasal banner itu muslimat sudah settelkan, okey?

Wah, setelah selesai baca terasa kagum dengan muslimat kerana mereka sangat komited dengan setiap tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Memandangan syawal sebagai ajk publisiti yang ditugaskan untuk degisn banner dan pergi print banner sebenarnya.. Tugas itu telah syawal buat sampai degisn banner yang di "edit" semula oleh mulismat agar banner tersebut lebih menarik. Hari selasa sepatutnya syawal yang pergi keluar untuk print banner. 

Namun, kenapa la hari selasa ini syawal terlalu sibuk untuk menelaah subjek-subjek yang tertinggal disebabkan mengambil cuti yang terlebih panjang. hehe, manakala dengan test midterm yang belum selesai. 

Alangkan gembiranya apabila diberitakan bahawa muslimat yang rela menawarkan diri untuk melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada syawal. Iaitu, mereka pergi untuk menyelesaikan semua kerja-kerja syawal itu. Terima kasih sangat-sangat kepada muslimat semua kerana sudi membantu syawal. Namun, bisikan syaitan menimpa di telinga. ala muslimat itu nak pergi berjalan-jalan sebenarnya. lepa bosan duduk dalam bukit kachi aka hutan sintok ini sertai bukan hang tak tahu perempuan, kerja nak berjalan ja... Tetapi semua bisikan syaitan itu ditepis dengan anggapan bersangka baik iaitu mereka mungkin inginkan pahala lebih. 

Tapi, memang penat juga la syawal men'degisn'kan banner ini. Percubaan yang pertama, gagal, kedua gagal juga, ketiga pun gagal dan yang terakhir ke-empat pun 70% sahaja diterima disebabkan gambar yang tidak profesional. Bagi syawal mudah sahaja, buat sekadar yang termampu, sebarang penambahbaikkan amatlah dialu-alukan. Sekiranya kita memudahkan kerja orang isyaALLAH urusan kita pun turut dipermudakan. Hikmah disebalik kegagalan yang 1,2,3 itu bukannya bermaksud kita ini tidak pandai untuk degisn, sebalikkanya kita akan tahu lebih apa sebabnya orang lain tidak berminat dengan degisn kita. Lagipun apabila berurusan dengan muslimat kita seharusnya lebih bersabar dalam melayani karenah mereka yang bermaca-macam ini. Bagi syawal, semua ini adalah suatu pembelajaran untuk kita lebih memahami sikap mereka.

mari kita tengok tangga-tangga kejayaan. :)
masa ini ditegur sebab tajuk tulisan dia macam girl sikit. jadi kena ubah.


yang ini disebabkan tajuk silap

pun tak diterima sebabkan nak tulis dibesarkan iaitu Masjid Iman As-Syafie tempat yang akan diadakan program.


Dan yang paling cantik setelah menerima pandangan daripada semua ajk yang inginkan 1. logo letak kat atas, 2. penceramah kena letak dua-dua. 3. tempat itu dijelaskan.
dan akhirnya degisn ini mendapat persetujuan ramai. Alhamdulillah. selesai sudaaa kerja syawal tapi yg sedihnyaaa ialah.

Akhirnya, dua- banner di atas yang menjadi pilihan disebabkan ustaz mahukan ada latar belakang Masjid Nabawi.. Daripada kegagalan sebelum ini. kemudian diadun-adunkannya. Maka, Terhasillah banner yang tercantik ini.. hehe
-tombiroulast

*Kagum dengan ucapan sahabat syawal. " Kita buat program untuk orang berselawat, apa kata kita berselawat dahulu.
--amek pisau tikam kuku jaa...  adoussss.. 

No comments:

Post a Comment