Tuesday, January 28, 2014

My Bed Time Story.

AL-KAHFI (GUA)

Salah sebuah surah yang paling syawal suka. Nak tahu kenapa? sebab surah ini adalah bedtime story masa syawal kecik kecik dulu.. hehe. Mak syawal cakap kalau kita ada masalah tidoq, boleh la kita amalkan surah ini. patut la syawal selalu ja tidoq lepas baca surah ini. Hokaloh! Stop syawal stop syawal, sekarang mai kita pergi ke kisah yang seterusnya. Let's go, surah ini diturunkan di Mekah kecuali ayat yang ke 38 dan ayat yang ke 38 hingga ayat ke 101 di mana ayat-ayat tersebut turun di Kota Madinah. Kisah yang diterangkan dalam surah Al-Khafi ini adalah tentang kisah pemuda yang sangat yakin akan kekuasaan Allah swt dan sanggup mempertahankan akidah mereka kepada Tuhan yang satu. Ingat, tuha itu ada satu sahaja, tiada dua, tiada tiga dan tidak Dia diperberanakan. Remember in your mind syawal!

Diterangkan di dalam surah ini adalah untuk menunjukkan bahawa Allah swt telah menurunkan kitab yang memperingatkan manusia. Surah ini juga adalah salah satu bukit kekuasaan ALLAH swt yang telah mencipta, metadbir, dan mengawal alam semua di muka bumi ini. Dialah yang berkuasa di bukit, langit, dan semesta alam. Dicerita di dalam surah ini adalah tentang beberapa pemuda kahfi yang ditidurkan oleh ALLAH swt di dalam sebuah gua yang terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini pada ketida dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawan tersebut. Prkataan Ar-Raqim juga disebut Tafsir menfsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Cantik kan tempat ini? alangkah indahnya syawal dapat berjaulah ke tempat ini selepas Madinah untuk melihat sendiri kekuasaan Mu itu. Doakan syawal berkerja kuat untuk tunaikan impian ini! InsyaALLAH :)




Pemuda-pemuda al-Kahfi dikatakan pengikut Nabi Isa a.s yang telah melarikan diri daripada kekejaman kerajaan Rom atau lebih tepat daripada bangsa Romawi dan mereka telah tidur di dalam gua tersebut selama lebih 3 ratus tahun. Selepas itu, mereka dibangkitkan adalah untuk menunjukkan tentangf kekuasaan Allah swt dalam membangkitkan manusia pada hari kiamat kelak. Ini adalah jawapan Allah swt kepada umat manusia yang degil pada ketika itu dan tidak percaya kepada tuhan. Bersama mereka pada ketika itu adalah seekor anjing yang telah dijanjikan syurga iaitu anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Walaupun semasa hayat mereka, bangsa-bangsa mereka telah kufur kepada Allah swt yg satu dan hanya merekalah satu-satunya pemuda yang beriman kepada Allah swt. Sebagai contoh, apa yang telah tercatat dal firmanNya;


" sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuahan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk".
al-Kahfi:13

Merujuk pengkaji sejarah, kisah pemuda gua ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negera bernama Afsus yang terletak di Turki, pada asalnya penduduk di situ beribadat kepada Allah dan mengesakanNya. Seperti yang kita tahu, mereka ada pengikut Nabi Isa a.s iaitu 23 Nabi yang wajib kita ketahui. Namun, keadaan di perkampungan itu berubah setelah kedatangan seorang raja yang bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman menyembah berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahaannya supaya murtad dan daripada agama Allah yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Namun, tujuh pemuda al-Kahfi tetap dengan pendirian mereka dan tidak mahu tunduk dengan ancaman dan kezaliman oleh raja tersebut walaupun ramai rakyat di tempat itu terpaksa mengikut arahan raja yang zalim tersebut. Pemuda-pemuda tersebut tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa mereka mungkin terancam dek kezaliman raja pada ketika itu. Itulah kisah yang boleh kita jadikan teladan kepada umat nabi Muhammad andai kita tetap dengan aqidah kita yang percaya kepada Allah swt. Sudah pada kita semua akan berada di dalam rahmatNya dan sentiasa menerima pertolonganNya tak kira sama ada kita semua dalam kesusahan atau kesenangan. 


Hujah pemuda-pemuda itu demi untuk mempertahankan aqidah mereka:

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Raja itu terkelu mendengar hujah-hujah yang telah dilontarkan kepada raja yang zalim itu. Namun raja yang zalim itu tetap berkeras mahu pemuda-pemuda itu tetap murtad dan berpaling daripada aqidah mereka sebelum ini. Raja memberikan tempoh beberapa hari untuk mereka menyembah berhala daripada menyembah tuhan yang Esa sekiranya tidak mereka semua akan dibunuh! Dek kerana sayangkan agama dan kekuatan aqidah yang mantap, para pemuda ini bermesyuarat sesama mereka dan dan mencari jalan untuk menentang raja yang zalim itu. Akhirnya para pemuda ini membuat keputusan untuk bersembunyi daripada raja yang zalim itu di sebuah gua yang pinggir hutan itu.


Mereka pergi ke pinggir bandar yang bernama Nikhayus dan di situ terdapat gua dan di situlah mereka bersembunyi daripada raja yang zalim itu dan mereka diekori oleh seekor anjing dan anjing tersebut berlindung di dalam gua tersebut. Kemudian, Allah swt telah menidurkan mereka dengan nyenyak dan mendapat perlindungan daripada Allah swt. Allah swt telah mentidurkan pemuda pemuda ini hampir 300 tahun agar menjadi pengajaran kepada hamba-hambanya akan bukti kekuasaanNya melalui peristiwa ini. Mereka tidur di dalam gua tersebut tanpa makan dan minum namun dengan kuasa Allah swt, badan, jasad mereka tetap dipelihara dan tidak hancur dan musnah di mamah ulat dan cacing.

Maka, sampailah satu ketika, mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tertidur selama itu 300 tahun lebih. Mereka hanya menyangka tidur dalam sehari atau separuh hari sahaja. Sebaik sahaja bagi, mereka kelaparan, mereka menapak ke pasar yang berhampiran untuk membeli sebuku roti untuk mengalas perut dengan mengunakkan wang perak. Di sini tuhan ingin mengingatkan kita bahawa kita perlu memilih makanan yang halal dan bersih kerana mereka menyangka daerah itu masih diperintah oleh raja yang zalim itu. Demi untuk menunjukkan kekuasaanNya, Raja dan pemerintah semasa pemuda al-Kahfi itu dibangunkan  merupakan orang yang beriman kepada Allah swt dan termaksudlah rakyatnya. Maka, terkejutlah rakyat pada ketika itu apabila salah seorang pemuda menghulurkan wang perak yang sudah berusia lebih 300 tahun, maka dengan peristiwa itulah membuat para penduduk itu yakin dengan hari kiamat dan kekuasaan Allah swt dalam menbangkit yang manusia pada hari kiamat kelak seperti mana yang terkandung dalam kitab suci Al-quran.

Dan akhirnya, Allah berfirman:

"Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahawa kedatangan hari kaimat tidak ada keraguan padanya"
al-Kahfi:21 

No comments:

Post a Comment