Sunday, January 26, 2014

Anugerah untuk lebih berjaya.

Kejayaan awal dalam dalam dunia perniagaan.

Alhamdulilah, baru setahun jagung berjinak2 dalam perniagaan. Kejyaan pertama diperolehi. Berbekalkan prinsip tak perlu kita terkejar-kejar mencari kerja, sebaliknya kita mampu menyediakan peluang perkerjaan kepada orang lain'. Mengambil nabi muhammad sebagai idola untuk terus melangkah. Sebagai medium untuk menyampaikan dakwah kecil tentang indahnya akhlak rasullullah ketika menjadi usahawan.. Segala yang dirancangkan selama ini berjalan dengan lancar, matlamat yg diimpikan sangat besar dan jelas. Hanya memerlukan usaha dan doa daripada kalian semua. Tidak anda seronok seawal usia 20 an sudah mampu membalas jasa kedua ibu bapa anda dan membuatkan mereka tersenyum.. Itulah matlamat syawal.


Diam, kelu, tidak terkata lidah ini untuk mengungkapkan kegembiraan di hati ini. Tidak terlintas dalam diri ini untuk terjun ke dunia perniagaan yang penuh dengan pancaroba ini. Penuh dengan cabaran, penuh dengan penipuan, penuh dengan penindasan, penuh dengan sifat dengan penuh dan pelbagai lagi term-term yang negatif. Nak tahu kenapa? sebabnya ada sifat tamak haloba, sifat dengki yang lahir dalam diri manusia itu sendiri. Wah, sekali dengan dunia perniagaan seakan-akan menakutkan pula, namun bukan syawal nak menakut-nakutkan anda. Abang syawal pun sendiri pernah berkata kepada kita " Nabi telah bersabda bahawa 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan! Nabi Muhammad dahulu pun berniaga, baginda mengikut Siti Khatijah iaitu (isteri baginda selepas itu). Pada awal baginda berjinak dalam perniagaan kain dan bermacam-maca lagi, baginda sering merantau ke negeri SYAM. Baginda menunjukkan akhlak yang baik ketika berurusan dengan pelanggan, berlaku jujur dalam setiap transaksi tanpa melibatkan sebarang penipu. Melalui dengan akhlak yang baginda tunjuk, ramai orang berpusu-pusu untuk membeli kepada baginda. Mudah kan? Namun, kita sebagai umatnya tidak mahu mengambil teladan daripada akhlak rasulullah ini, kita mungkin cenderung itu mengikut sunnah rasul untuk berpoligami (pandang abangku sinis). Abang tak pandai untuk berniaga dik wan, abang pandai buat kerja sahaja, sebab iti abang belajar rajin-rajin nak jadi engineer. Adik abg pulak, belajar juga rajin2 bagi ibu bapa kita gembira, selepas itu buatlah apa yang adik suka, akan akan sentiasa menyokong daripada belakang" ujar panjang lebar daripada abang syawal.

Tanpa sena mengena, terbit air mata daripada celahan kelopak mata ini. Terharu, sedih, begitulah pergorbanan seorang abang untuk adiknya yang dikasihi. Lelaki ini, kadang-kadang di tak menunjuk kasih sayangnya di hadapan semua orang, cukuplah dengan perbuatan, sentiasa memerhati kita, selalu menegur kita, selalu memotivasikan kita agar tidak tersalah langkah, tidak jatuh terluka berdarah. Itulah kasih seorang abang. Dia akan sentiasa menyokong kita tidak kita apa jua keadaan. Dalam susah, senang mahupun sukar. Separuh daripada hidupnya, bekerja kuat demi memastikan adik-adik dibawahnya turut berjaya. Menghabiskan usia muda remaja berkerja sampingan dan belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan adik-adiknya tetap selesa untuk bersekolah dengan mengorbankan usia remajanya. Dia menjalani usia remaja tak seperti remaja lain, yang leka dengan dunia games, leka dengan duniawi, leka dengan boyfriend and girlfriend leka dengan cinta monyet, leka dengan merempit dan sebagainya. Dunianya hanyalah buku, kerja, dan keluarga. Kuat menelaah buku agar berjaya mendapatkan biasiswa agar tidak menyusahkan ibu bapa, kuat berkerja untuk menampung perbelanjaan adik-adik dibawah, sentiasa bersama keluarga agar dirikan dijadikan role model untuk adik-adiknya berjaya. Menyedari keluarga bukannya berasal daripada keluarga yang berada. Ayah hanyalah seorang pesawah manakala itulah cuma surirumah sepenuh masa dalam memberikan pendidikan dunia dan akhirat kepada anak-anaknya untuk bakal menjadi khalifah di masa depan.

Menyedari semua itu, kami semua didik oleh ayah untuk menjadi seorang yang bertanggunjawab, menjadi insan yang berguna, menjadi umat Nabi Muhammad dalam menegakkan syariat Islam. Ayah seorang yang menekan soal akademik, berkerja kuat untuk memastikan semua anak-anaknya mendapatkan pendidikan yang sempurna yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Berjaya berdikari walaupun ayah tidaklah berjaya setinggi mana, tiada kelulusan setinggi gunung. Yang mampu ayah berikan hanyalah kudrat tulan 4 kerat dalam membesarkan anak-anaknya. Sekarang Ayah sudah mampu megukir senyuman yang berkedut di pipi apabila melihat semua anak-anaknya sudah berjaya, yang pertama sudah menjadi Senior Engineer di salah sebuah syarikat penerbangan di Subang. Kedua, berjaya menjadi Assisttance Manager di sebuah syarikat peladangan milik Trandewinds di daerah sibu, sarawak. Yang ketika, sudah menjadi engineer di sebuah Syarikat pembuatan besi iaitu Ann Joo Steel di seberang perai, keempat sebagai pengurus di syarikat Latest Trade yang kini menjalankan jualan online yang bernama "Jersey Latest Shop" semua pembaca blog syawal dijemput untuk like page tersebut dan terus menyokong kami untuk terus berjaya. Dan yang terakhir masih belajar di sekolah agama Maktab Mahmud di Alor Setar Kedah.


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana syawal mampu melakukan semua ini dan berjaya sampai ke tahap ini. Simple sahaja syawal cakapkan. Yang penting adalah niat kita. Kalau niat kita baik, insyaALLAH baiklah apa yang kita dapat. Selain itu, berusahalah untuk menolong orang lain yang dalam kesusahan walaupun diri kita sendiri lagi lebih teruk dalam kesusahan. Mengambil teladan daripada Abang-abang syawal yang tidak mahu menyusahkan ibu bapa, syawal tak malu untuk berkerja semasa cuti persekolahan. Syawal tak malu nak katakan bahawa syawal pernah berkerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kedai makan, pernah berkerja sebagai waiter, pernah bekerja sebagai pebungkus makanan, pernah berkerja di kedai dobi, penah bekerja di kedai perabot, pernah berkerja di kilang membuat kompenen engine dengan mat-mat bangla, pernah berkerja di kedai komputer dan  banyak lagi. Kadang-kadang kita terfikir tentang perjalanan hidup kita. Kenapa tuhan menetapkan bahawa kita perlu mengenali seseorang itu, kita perlu belajar daripada kerana ilmu itu luas, kita tidak akan belajar segala-galanya tentangf ilmu di dunia ini dengan diri kita sendiri. Tuhan telah hantar orang lain itu mengajar kita akan tentang ap maksudnya reda, apa maksudnya rindu apa maksudnya sayang, apa maksudnya dengki apa maksudny kegagalan, apa maksudnya kejayaan dan bermacam lagi. Dan kita akhirnya akan tahu bahawa Allah itu Maha adil. 

Walaupun tempoh perkenalan itu singkat, ada yang lama. Ada yang akan terus pergi meninggalkan kita bersendirian di duni yang fana ini. Kemudian Allah gantikan insan yang baru untuk belajar erti kehidupan. Itulah roda dunia, yang hilang berganti, yang patah tumbuh semula. Dalam mencari jalan kehidupan banyak yang akan kita pelajari. Tak salah untuk kita gagal, tak salah untuk kita jatuh, hal ini kerana dengan semua itulah kita akan belajar. Belajar untuk lebih kuat di masa hadapan. Credit untuk salah seorang sahabat yang bersama-sama berjua dalam kelab Akademik FAB's (Finance and Banking Society) iaitu saudari Amirah binti Mohammed selaku Exco Keusahawanan. Sungguh cepat beliau pergi. Masih segar dalam ingatan saat di mana bersama-sama bermeeting tentang hala tunjuk kelab, melaksanakan program yang telah diarahkan, dan beribu ucapan terima kasih atas kesudian meneruskan program yang telah syawal dratfkan dengan menjadikan program tersebut sebagai program yang sangat bermakna, di saat kita serta kawan-kawan yang lain berkampung di PBS (pusat budaya dan seni) dalam menyiapkan bahan-bahan untuk digunakan semasa booth FABS di Library. Beliau seorang yang sangat bijak dan rajin mengulangi pembelajaran dan sangat kotmited tentang semua kerja yang diamanahkan. Banyak jasa yang telah beliau buat kepada diri ini dan kawan-kawan yang lain dalam membangunkan FABS. Tulisan ini syawal coretkan agar sesiapa yang mengikuti blog ini akan terus berdoa agara mira ditempatkan di SyurgaNYA. InysaALLAH kita kita semua akan berjumpa di sama. Mohon sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah dan maafkan segala kesilapannya.


MT dan Exco Kelab Finance and Banking Society 2013/2014





Terima kasih kawan-kawan semua atas kenangan yang terindah ini. Maafkan salah silap syawal sepanjang pekenalan kita. 

ENCIK S
Exco Perhubungan
Kelab Finance and Banking Society
UUM 2013/2014



No comments:

Post a Comment