Sunday, August 10, 2014

Adakah boikot tu perlu? tak perlu. yang perlu adalah ilmu memboikot.

Andai malaikat ada sifat seperti manusia penat, nafsu, lapaq, suka, sedih, gembira, ketawa.... pasti beliau penat menulis dosaku.

sekeping gambar boleh membawa 1001 kisah. oleh yang alaminya akan merasai situasi itu.

encik s,
penat dgn fitnah manusia,
terduduk dengan ragam manusia.

Hari ini nak kongsi pengalaman pergi melihat Mcd dekat City Plaza Alor Setar. Hurrmm.. Nmpaknya dh lama aku tak menjejakkan kaki dekat kawan sewaktu zaman persekolahan setiap hujung minggu akan datang untuk melepak di sini dengan kawan-kawan. Banyak peristiwa pahit manis, tawaq habiaq.. Namun semua itu adalah kenangan. Pengalaman silam yang mengajar aku untuk lebih menjadi manusia di waktu sekarang.


Di sini aku melihat pelbagai ragam anak muda yang telah rosak, membuang masa, berdating sana sini, merokok, melepak. Aku tak salahkan mereka kerana diri ini pun pernah hidup seperti mereka. Namun, apabila diri ini meningkat dewasa. Terasa diri ini dipenuhi oleh dosa. Dosa yang tiada terkira, Alhamdulilah tuhan itu penerima taubat. Dan janganlah malu segan untuk bertaubat. 

Di sudut restoran mcd itu. Aku lihat lenggang, tiada siapa yang berani hampir ke Mcd melainkan rakyat malaysia yang berbangsa cina. Mereka menikmati hidangan Mcd dengan nyamanya. Jangan cakap aku rasis aku cuma cerita yang aku nampak dan it adalah hak mereka untuk berada di situ. Kenapa hangpa terlalu estrem untuk memboikot?? 

Melihat gelagat manusia menyedarkan bahawa kita semua ini adalah sama. Yang membezakan iman dan taqwa. Di tepi sudut restoran Mcd itu. Apa yang aku lihat pekerjanya semua bertudung, berbangsa melayu dan sudah pasti muslim. Namun, aku tidak ingin ulas nasib mereka. Namun, aku nk kongsi apa yang aku lihat adalah seorang pencuci lantai yang oku. Beliau bisu. Tak boleh untuk bercakap. Beliau hanya boleh bercakap dengan bahasa isyarat. Setelah beliau selesai menjalankan kerja mengemop lantai beliau pergi ke suatu sudut belakang sekali di restoran itu......

Nampaknya beliau belum sempat lunch walaupun ketika itu sudah menghampiri waktu petang. Beliau dan rakannya berada di suatu sudut yang belakang dan tidak dinampak oleh orang awam. Mungkin untuk menjaga sensitiviti aktivis-aktivis yang di luar restoran untuk memegang tabung bantuan kemanusiaan gaza di luar kawasan restoran itu.. 

Terdetik di hati ini.... Kalau restoran Mcd tak ada. Kat manakah pekerja Oku itu nk mencari rezeki dan sesuap nasi?

syawal kah? InsyaALLAH suatu hari nanti. Sebab itulah syawal jadikan perniagaan sebagai medan untuk bertarung.. Doakan syawal berjaya untuk memyediakan perkerjaan kepada orang lain...

encik s,
coretan perjalanan..
Kalau malaikat ada sifat lapaq penat, nescaya dia penat menulis dosaku.

Kempen Boikot Menjadi, McDonald's Lengang

No comments:

Post a Comment