Wednesday, August 6, 2014

Kenapa kita perlu katakan tak nak kepada rokok??

Sebenarnya nak letakkan gambar-gambar yang ngeri lagi. Tetapi apakan daya. Ceq sendiri tak mampu nk tengok. wkakaak!
Di sini syawal ini kongsi kisah yang baik untuk anda semua. Jadi, Setelah anda membaca kisah ini kongsikan kepada rakan-rakan anda yang merokok dan tanyakan reaksi mereka setelah membaca kisah ini. Ada mereka masih yakin lagi dengan ucapan 2 kalimah syahadah itu? lu pikiaq la sendiri.

Kisah seorang petugas sukarelawan Gaza yang merokok:

Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza...apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya

Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di malaysia.. Di gaza tak hisap lagi..

Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua..

Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya..kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab.."mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!"

Dia kemudian memberi penerangan ...."kalau sayangkan Rasulullah..kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat..Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain..Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.."

Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka..Rasulullah sayang tak dengan kita??"


Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati...selepas hari tu sehingga kini.saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu .

KRik krik KRIKK.....

Apa perasaan anda? kalau bermanfaaat kongsikan ye kawan-kawan!

Di sini bukan nak cerita pasal sukarelawan Gaza yang super OHsem. Nak cerita point yang dia nak sampaikan. Anda mempunya hak untuk membuat pilihan tentang hidup anda. Tentang apa yang anda ingin buat dengan diri anda. Jika di dalam kalangan sahabat-sahabat syawal boleh jelaskan kebaikkan merokok mohon terangkan untuk info syawal. Kalau anda tidak dapat untuk jelaskan kepada syawal. Dengan ini anda perlu setuju dengan syawal bahawa rokok yang memang tiada dalam agama kita. Jadi, tinggalkan rokok? boleh kan? tak susah pun. Dan tak macho pun kalau anda merokok. Sayangilah rakan2, anak2, isteri2 dan masyarakat. 

encik s,

katakan tanak kepada rokok.

No comments:

Post a Comment