Sunday, October 26, 2014

Jika anda bercinta

Sahaja nak berkongsi dengan anda antara tarbiyah-tarbiyah yang abang gua kasi time gua kecik-kecik dulu supaya tidak gatai bercinta. Dulu gua ada cakap dengan abang gua yang gua nak bercinta dan selamber ja jawab rambut pun haluih ada hati nak mengorat anak dara orang.

Apa yang aku respek abang gua sebab dia akan cakap benda yang dia tak akan buat. Gua duk perati ja abang gua ini adakah dia ada kekasih hati. Mentang mentang sekolah agama ingat baik sangat ka? wakaka. tetapi kebanyakkan memang baik. gua sahaja yang tak baik. Sampailah dia menamatkan sarjana muda kejuteraan dengan jayanya dan berjaya menukar pinjaman beliau kepada biasiswa. Semua ini adalah berkat beliau berlaku bersungguh-sungguh dengan harapan boleh meringan beban Ibu bapa.

terus terang apa yang tengok dekat gua sekarang adalah hasil didikan beliau selepas bapak gua. So, senang cerita kalau lu tgk abang gua, lu akan nampak diri yang yang pada asasnya seorang yang gatai. wakakaka. Maksudnya abang gua pun gatai. Walaupun daripada fizikal gua lagi hansem berbanding abang gua menurut makcik macik jiran sebelah. Beliau lagi ansem memiliki perkerjaan yang baik dan keluarga yang solehah... Tup2 gua duk usha la dengan sapa abang gua duk bercinta. Malangnya gua gagal. Sebab bakal isteri ataupun isteri beliau sekarang ini adalah pilihan lecture beliau atau lebih tempat merangkap murabbi beliau. Mudah sahaja pekenalanan mereka. Just bertaaruf sedikit dan bertukar matlamat iaitu menuju ke syurga secara berjemaah. Woha!! menarik kan. Nak tahu kisah Julie romeo kena la tanya mereka. Kalau gua nak tulis sampai besok tak abis. wakakak

Gua mcm na? gua macam ini jela... Berusaha untuk membalas jasa ibu bapa seawal yang mungkin. Tembakkan doa kalian ye.. Aminn

Jika anda bercinta 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Anda jemu dengannya 
atau 
Kekasih anda jemu dengan anda 

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah 
Tapi jika dia jemu dengan anda 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Dia cuba sakitkan hati anda 
atau 
Dia cari kekasih baru 

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah 
Tapi jika dia cari kekasih baru 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Anda jadi benci padanya 
atau 
Anda tak dapat melupakannya 

Jika anda benci padanya tak kisahlah. 
Tapi jika anda tak dapat melupakannya 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh 
atau 
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh 

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah 
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Dia jadi bodoh 
atau 
Dia kembali menjadi kekasih anda 

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah 
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Anda jemu dengannya 
atau 
Kekasih anda jemu dengan anda

Ada hati rasa, ada akal fikir.

incik S.
Super saiya!!!!


No comments:

Post a Comment