Sunday, October 5, 2014

Bilakah waktu sesuai membuat SIMPANAN/PELABURAN ?

Ramai yg pm syawal bertanya hal tentang pelaburan. Tempat apakah pelaburan yang sesuai? Hartanah? emas? Saham?
Tetapi ramai tak tanya waktu apa yang sesuai untuk buat pelaburan/simpanan. Sila ubah mentaliti kita.

Cuba ubah mentaliti kita. Syawal bagi satu contoh. Kalau kita bina rumah mesti ada pagar kan? rumah adalah aset kita? harta kita. Pagar itu apa? takan aset kita? pagar itu boleh ibaratkan takaful kerana tools ini yang akan menjaga harta kita. Tak guna anda ada aset berjuta juta tetapi anda tidak buat pelindungan. Senang sahaja pencuri nak masuk.
Harap Tips ini berguna untuk anda.


Bilakah waktu sesuai membuat SIMPANAN/PELABURAN ?

1. Setiap kali wang gaji masuk, sebelum dibelanjakan. Peruntukan 10% gaji untuk simpanan.
Ia sebagai simpanan rutin untuk mendisiplinkan diri membuat simpanan.
Lakukannya menggunakan proses potongan tetap, autodebit atau arahan bank, supaya ia berjalan secara automatik setiap bulan dan kita tidak terlepas pandang melakukannya.
2. Setiap kali wang bonus masuk. Masukkan SEMUA atau paling kurang 90% wang bonus ke dalam akaun simpanan.
Bukankah bulan-bulan sebelum ini kita masih boleh hidup tanpa wang bonus?
Jadi, inilah masa terbaik untuk mencapai sasaran SIMPANAN kita selama.
Selepas itu?
Selepas matlamat SIMPANAN kita sudah tercapai (Minima bersamaan 3 bulan gaji) kita boleh mulakan untuk PELABURAN.

encik S,
islamic Financial Planner.

More consultation
wassup 012 5462297
Email: tombiroulast92@gmail.com


No comments:

Post a Comment