Sunday, October 5, 2014

Hidup umpama roda



Beraya bersama-sama keluarga sebentar tadi membuatkan diri ini berfikiran sejenak. Adakah aku nanti ada berada di tempat yang sama, merasai apa yang mereka rasai. Adakah aku telah melakukan persiaapan yang lengkap untuk diri ini dan keluarga pada masa yang akan datang...
Pertama, pergi melawat orang sakit. Nenek tua tu terbaring lemah. Perlukan oksigen untuk bernafas. Turun naik nafas dihembus, alhamdulilah berkat Aidil adha seluruh keluarga berkumpul untuk memberikan semangat. Nenek tua itu kembali bersemangat. Namun, diri sudah dimamah usia, badan kering terlunjur di katil itu. Bersendrian berfikir, bagaimanakah kesudahan aku ketika aku meniti usia-usia emas. Cukupkah dengan amal yang aku lakukan selama ini. Cukup aku membantu orang lain selama aku hidup ini. Adakah aku amanah dalam setiap tanggungjawab yang aku lakukan? sedar diri ini tidak sempurna. Jadi, pintu taubat sentiasa terbuka..
Kedua, sebelum sambung menziarahi adik beradik. Singgah solat di masjid sekitar. Ketika ingin pulang, ada pakcik tua yang sudah beruban rambutnya. jalan menggunakan kerusi rodo yang portable ringan dan mudah alih. Datang solat berjemaah isyak di masjid itu. Semua perkerjaannya dilakukan sendri tanpa meminta pertolongan sesiapa seolah-oleh sudah terbiasa datang solat berjemaah di situ. Namun, ketika aku ingin pulang. Ternampak pakcik itu ingin menuruni tangga, seorang sendiri. Sungguh tabah pakcik itu. Aku pun tanpa berfikir panjang menghulurkan bantuan untuk menurunkan kerusi rodanya dan supaya beliau dapat menuruni anak tangga tersebut.
Akhir sekali, termenung sejenak.... Betapa banyaknya dosa aku yang sihat waalafiat ini, badang sado (sado ka?) haha serius2.. sihat tubuh badan ini. Tiada masa untuk singgah solat berjemaah. Leka dengan urusan dunia. Ya. Dunia akan lebih bermakna jika andai mengenal erti syurkur. Banyak ingin dicoretkan sebenarnya. Tetapi, biar kisah yang sedikit ini akan menjadi iktibar kepada kita..

encik S,
tiada manusia yg sempurna..