Thursday, February 10, 2011

Hijrah Menuju Allah




Kuatkan tekadmu dalam menghadapi ujian sepanjang hidup di muka bumi ini. Kita sebagai manusia memang tidak dapat mengelak sebarang musibah. Oleh itu, pastikan Allah sentiasa di sisi kita dalam menempuhi jalan yang diredai. Andai kata diri ini lemah dan bersendirian, maka janganlah malu untuk berdoa kepada-Nya. Hijah menuju Allah adalah sunnah rasullulah...

Hijrah dalam konteks Nabi Muhammad saw merujuk kepada peristiwa perpindaham umat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 16 julai 622 Masihi. Pada masa kini, Hijrah itu tidak semestinya kita berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Hijrah merupakan satu pejalana atau perubahan menuju Ilahi. Hijrah ini memang payah dan susah andaikan kata tanpa ilmu yang mencukupi didada.. Contoh yang paling tepat ialah sekiranya kita ‘bercouple’. Sudah ternyata perbuat tersebut salah, tapi mengapakah kita buat tidak peduli mengenai perkara itu. Cukup setakat itu, nak sembang pasal hal itu memang boleh buat novel juga la.

Mengambil contoh Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, salihin dan muttaqin dan sebagainya menjadikan hijrah sebagai pejalanan mendekatkan diri kepada Allah. Contoh yang saya hendak tekankan ialah kepada pelajar lepasan SPM. Hehe, tahu la dah selesai menduduki peperiksaan. Jangahlah duk makan tidur saja, cuba mencari alternatif untu tambah ilmu di dada kan. Jangan mara yaa.. Cuma hendak mengingati sesama saudara Islam.

Kesimpulannya, sempena Maulidur Rasul yang bakal tiba tidak lama lagi, saya menyarankan banyak la ingat kepada kekasih kita iaitu Nabi Muhammad saw. Cuba bayangkan kita berada pada zaman rasulullah, rasailah betapa peritnya hijrah pada ketika itu ditambahi terdapat pelbagai tentang daripada kaum yang kufur perintah Allah. Saya kongsikan kisah hijrah Rasulullah, klik sini tau:


• Baca jangan tidak baca.!

No comments:

Post a Comment