Friday, February 25, 2011

Mari bersihkan hati



Kupanjatkan doa kepada arwah tuk saya semoga beliau sejahtera di alam sebelah sana dan ku utuskan salam mersaku padanya di samping bersihkan jiwaku daripada sebarang kotoran dan berikan aku hidayah-Mu



Waalaikumusalam
ya saudara ada pa.? Boleh ante tolong ana, tolong nasihat ana yang kurang ilmu ini dan perlukan bimbingan. Alhamdulilah ada juga saudara kita yang sedar sebelum terlambat. Persoalannya ialah bagaimana kita hendak bersihkan diri kita, nak berubah, nak tinggalkan semua yang tak baik. Senang kata nak sucikan balik hati kita.? Waaaa,, soalan yang bagus ditanya kan..
Sebelum menjawab soalan di atas, cuba ingat kembali kisah rasulullah saw didatangi jibril dan kemudian membelah dada belah dan diambil jantung baginda. Kemudian jantung tersebut jibril sucikan mengunakan air zam-zam. Kisah ini menunjukkan banyak pengajaran, salah satunya ialah ia menerangkan proses pembedahan pada zaman dahulu dimana tiada kemajuan dlm bidang doktor. Selain itu, apa yang ana mahu tekankan ialah bayangkan nabi kita pun perlu dibersihkan hati manakan kita sebagai insan yang kerdil ini.? Renungkanlah.
Di atas hanyalah contoh, dalam konteks persoalan dia atas ialah bgaimana hendak bersihkan diri kita? Terutama hati. Apa yang dapat ana kongsikan di sini ialah:
1. Jangan tinggalkan solat lima waktu. Sekiranya dpt melakukan solat sunat itu merupakan bonus untuk kita la. Ini adalah salah satu cara untuk mengapai reda dari yang maha esa.
2. Kedua adalah berzikir. Ada juga yang tnya nak zikir apa kan.? Bermula dengan zikir yang mudah mengikut kemampuan dan masa malah waktu duk baca blog pun boleh berzikir kan..
3. Selalu bermaafan . Kenapa kata begini kerana ‘lebih baik tersalah ampun drpd tersalah hukum’ pernyataan ini menerangkan bhwa maafkan sesiapa sahaja asalkan tidak tersalah menghukum orang yang salah, oleh itu jiwa akan menjadi lebih tenang.
4. Selalu la amik wuduk. Ketika nak tidur ka, ketika nak main bola ka, apa salahnya jika pastikan diri kita sentiasa berwuduk. Ini membuatkan kita sentiasa berasa bersih.
5. Berkawan la dengan orang yang baik. Nama pun nak tinggalkan benda yang tak baik, jadi carilah la kawan yang dapat membimbing kita ke jalan menuju Alllah swt.
6. Banyak bersabar. Hidup ini kadang kala banyak rintangannya. Malah kalau kita kekurangan duit contohnya, duit pun harap dapat diternak macam bacteria ( faham tak dengan keyataan ini.? Orang amik bio faham kot) hahaha
7. Berdoa juga penting. Minta kat Allah swt supaya hati kita selalu dibersihkan hati tak kira waktu siang ka, malam ka, pagi ka yang penting doa.
8. Selalu ingat mati. Ini adalah proses penyucian hati yang senang. Selalu ingat mati akan menyebabkan ketaqwaan kita bertambah. Jadi ingatlah selalu.

Kesimpulannya, adakah hati kita bersih? Maka bersihkanlah belum terlambat. Harap jawapan ini memadai untuk ante menjadi ini sebagai titik permulaan untuk berubah kepada yang lebih baik dan maafkan jika ada kekurangan. Nak tahu lebih lanjut hubungi ana di facebook la.. hehe
“Study the past if you would divine the future.....”

2 comments:

  1. syukran di atas perkongsian ilmu ini. sangat bermanfaat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. sama2, semoga bermanfaat kepada semua. ")

      Delete