Sunday, February 20, 2011

Rezeki dan kenyang..


Hery, Nazri,Syawal dan Asyraf sekerat.. untuk peringatan semua naahh


Kenyang la..


Syukur alhamdulilah ku panjatkan kepada Allah swt kerana temukan aku dengan kawan-kawan yang baik hati terutamannya hery, tak lupa pian( lepat pisang), dan juga badrul. Nak tahu kepada.? Syawal sudah kenyang tanpa maksima ni.. hehe. Hery yang baik hati telah belanja syawal dan kawan2 yang lain makan satu set pizza kot.. (bg yang kaya mungkin biasa) tapi, bagi syawal, ini merupakan rezeki yang amat bermakna.


Bercakap pasal rezeki, tidak kita sedar akan nikmat yang kita terima setiap hari.? Seperti yang kita sedia maklum, Allah itu Maha Pemurah tetapi sejauh manakah kita bersetuju dengan keyataan ini. Kita dapat lihat ramai yang miskin, ramai yang papa, hidup melarat dan sebagainya. Apakah kita mengharapkan rezeki atau wang itu jatuh dari langit.? Tanggapan anda silap sama sekali. Allah itu bijak, Dia hendak hambanya sentiasa berfikir tentang bagaimana nikmat itu kita peolehi. Sebagai contoh, syawal teringin nak makan pizza tetapi tak cukup wang. Syawal hanya mampu berdoakan agar dapat pizza, tapi adakah pizza aku turun dari langit kan.? Mesti la tidak. Selang beberapa hari, kawan syawal mengajak syawal pergi makan pizza, katanya dia belanja. Bayangkan betapa syukurnya syawal sebab ada orang nak belanja. Jadi, termakbul la doa syawal kan. (kalau doa xikhlas pun payah juga) Tapi selalukan kita terpikir Allah akan memberikan nikmatnya melalui dengan cara tersebut, selalu kah kita sedar.? Bagi orang yang belum sedar lagi, sedar la sebelum terlambat. Apa yang syawal nak tekankan di sini ialah, pernah ka kita rasa hidup ini sering sahaja serba tak kena seperti orang ada kereta, kita pun teringin nak kereta. Cuba nilai diri sendiri dulu, adakah kita amat memerlukan kereta.? Kalau baru pelajar universitu itu jangan duk gatai nak menghebat.. ( itu contoh biasa, yang selalunya tak mau la sentuh kan, fikir la sendiri).haha


Kesimpulannya, hidup di dunia banyak pancaroba. Bersyurkurlah kita kepada Allah swt yang telah menjadikan kita dengan segala rahmatnya. Jadi, sekiranya kita dapat berfikir dan sedar akan nikmat Allah swt, sudah pasti iman kita akan bertambah. Oleh itu, sekiranya kalau kita menghadapi sesuatu musibah, ingatlah bahawa ada orong menerima musibah yang lagi teruk daripada kita. Apa yang saya hendak ‘highlight’ kalau kita hendak rezeki, Allah tak akan menjatuhkan sejumlah yang besar di depan kita. Dia mahukan kita sendiri mencari rezeki itu, jangan harapkan rezeki itu akan datang bergolak. Dia pasti ada cara untuk mengurniakan nikmatnya. Sebaliknya, kalau kita hendak sesuatu ilmu, kita tak dapat kalau semua ilmu disumbat oleh gurunya, tetapi dari segi pendapat yang lain kita harus berusaha mencari, merasai, menghadapi kepayahhan mencari ilmu itu, Guru hanya mampu membimbing kita daripada tersasar.

2 comments:

  1. awat muka comel sangat

    ReplyDelete
  2. muka hery ka.? dia mmg comel pun.. sbb belanja syawal.. hehehe

    ReplyDelete