Thursday, April 28, 2011

The Arrivals



isu tentang video The Arrivals ini menjadi perbualan kawan-kawan syawal, dari sudut positive ramai kawan-kawan yang kembali ke pangkal jalan dan menginsafi semua kesalahan dan dosa yang dilakukan, malanngnya ia hanya bersifat sementara. dari sudut negatif, takut sahabat-sahabat syawal terlalu taksub dan percaya tentang video ini bahkan video tersebut mampu mempengaruhi fikiran secara tidak langsung akidah kita tersesat, jauhilah hambaMu daripada pekara tersebut. bagi yang belum menontonnya, cuba tengok dan jangan mempercayainya 100%. anggap sebagai ilmu pengetahuan yang perlu kita ketahui pada zaman ini.

bagi syawal, petikan dari khutbah terakhir Nabi Muhammad
barang siapa yang percaya dan merujuk kepada Al-Quran dan Al-sunnah, nescya tidak akan sesat selama-lamanya.

ayat yang simple kan. bayangkan Nabi sudah tinggalkan kita beratus-ratus tahun, tetapi baginda sentiasa berpesan kepada kita kerana kita adalah UMAT NABI MUHAMMAD, baginda amat sayang kita semua, jadi bagaimana kita membalasnya ialah dengan sentiasa berslawat dan mengikut sunnahnya.

syawal teringat dalam satu surah dalam rancangan mari mengaji di tv 9.

petikannya begini "jika sesuatu itu datang daripada Allah maka percayalah, sekiranya tidak, jangan terus percaya dan gunalah akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah swt,maka janganlah jadi orang-orang yang ragu"

sesuatu itu merujuk kepada Al-quran kerana alquran itu datang daripada Allah swt. ayat tersebut turun disebabkan oleh golongan munafik yang muncul semasa penyebaran agama islam pada zaman dulu, oleh itu sentiasalah berdoa agar diri kita ditetapkan iman sentiasa.

No comments:

Post a Comment