Friday, April 8, 2011

Khutbah jumaat hari ini

Aku selalu pergi solat jumaat di masjid pumpong, setiap kali khutbah hendak dimulaikan acap kali kita mendengar perkataan ini 'jemaah jumaat yang dihormati sekalian marlah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt' tetapi fahamkan kita maksud sebenar taqwa.?

sehingga penkhutbah yang syawal dengar menyatakan setiap masjid di seluruh negara pasti mengutarakan peryataan yang sama seperti yang di atas, malangnya hanya segelintir kita yang memahaminya dan mengaplikasi dalam kehidupan seharian

 
 

Oleh itu, syawal nak kongsi masud TAQWA

 
 

Taqwa secara umum bererti menjaga dan memelihara diri kita dari sesuatu yang memudaratkan diri sendiri. Lebih terperinci ialah menjaga dan memelihara diri dari azab Allah swt serta menjalankan segala perintah-perintah-Nyadan menjauhi larang-larangnya serta menjauhi perbuatan MAKSIAT.

 
 

Sabda rasulullah:

 
 

"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

 
 

Cerita menarik

 
 

Syawal teruja dengan keinginan salah seorang sahabat syawal yang telah menetapkan dirinya dan berniat untuk menjadi insan yang soleh atau solehah dengan menjaga adab pergaulan, pakaian, percakapan, dan sebagainya bertujuan untuk kmenjaga kehormatan dirinya. Terus terang syawal sangat mengagumi insan yang sanggup meningglkan perkara 'laqa'(benda yang tidak mendatangkan faedah) semata-mata untuk memelihara kesucian diri. Oleh itu kita, pertama kali kita berusaha untuk berubah hendaklah dimulai dengan niat, kemudian dilakukan dengan perlahan-perlahan dan disertai dengan usaha kita insyallah Allah swt akan memudahkan perubahan kita ke arah yang lebih baik. Mesti disertai Doa.(…>)

 
 

 
 

Bagi sahabat di luar sana, contohilah beliai(>.<)

No comments:

Post a Comment