Saturday, April 30, 2011

BERMAKE-UP ….HARAM!


Untuk peringatan wanita di luar sana. Baru syawal tahu kenapa wanita diharamkan untuk bermekap.Cerita di bawah ini juga berjaya merungkaikan persoalan tentang kenapa wanita diharamkan untuk bermekap tapi bagaimana untuk bermekap untuk suami? Hal ini menjadi persoalan untuk syawal. Namun, cerita ini amat berguna untuk wanita di luar sana sebagai pedoman, terus terang syawal pun tak suka menlihat wanita bermekap kerana ia menjurus kepada riak atau hendak menunjuk-nunjuk. Wanita ialah perhiasan wanita dan seindah-indah wanita adalah wanita solehah. Maka, peliharalah perHIASANmu..

Ramai di kalangan belia-beliawanis sekarang yang telah bertuhankan hawa
nafsu
. Mereka sanggup mengatakan bahawa mereka masih muda remaja, belum
tiba masanya untuk bertudung dan berjubah. Idea mereka seolah-olah memberi
erti bahawa bertudung kepala dan berbaju menutup ‘aurat hanyalah untuk
golongan tua yang akan mati esok atau lusa
. Allah menyuruh setiap wanita –
samada yang masih remaja atau telah tua, tetapi masih memakai alat-alat solek
supaya memakai tudung. Wanita-wanita yang telah lanjut usia, perjalanan haid
telah terputus, maka mereka dibenarkan berbuka kepala andainya mereka tidak
menggunakan sebarang alat-alat make-up di bahagian muka atau menggunakan
rambut palsu.
Untuk menjelaskan lagi, Allah telah berfirman yang bermaksud:
Perempuan-perempuan tua yang telah terhenti haid dan mengandung, tiada
keinginan berkahwin lagi, tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan
adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui” (al-Nur: 60)

Mengikut fahaman ayat tersebut, jelaslah bahawa Allah s.w.t telah memberi
satu keistimewaan kepada nenek-nenek yang telah lanjut usia. Mereka dibolehkan
keluar rumah dengan tidak bertudung. Meskipun kemudahan tersebut diberi,
tetapi nenek-nenek harus ingat, Allah s.w.t membolehkan mereka membuka
kepala dan muka dengan syarat yang telah lanjut, tetapi sekiranya hati masih
remaja, ingin bersolek, bermake-up dan sebagainya, maka hukumnya samalah
dengan wanita-wanita yang masih muda remaja. Wajib bertudung.
Allah Maha Kuasa untuk menciptakan manusia dalam bentuk apa jua
sekalipun. Ada wanita-wanita yang berupa paras kurang cantik. Umpamanya
muka yang berparut, ada pula kulit mukanya yang berbintil-bintil dan ada pula
yang memiliki rambut panjang. Terhadap golongan-golongan ini pula, harus
diingatkan bahawa berhijab atau bertudung bukanlah diwajibkan terhadap
wanita-wanita yang cantik sahaja. Oleh itu jangan kamu mengambil kesempatan
mendedahkan ‘aurat kamu atau mengunakan alat-alat solek untuk menutup
kekurangan tadi. Tutupilah dengan hijab seperti yang dikehendaki Islam.
Bukankah itu lebih baik…?!

Berhati-hatilah wahai puan! Selera lelaki bukan sama. Ada yang sukakan
wanita berbadan kurus, berpinggang ramping, sedangkan yang lain pula sukakan
wanita bertubuh rendang, atau berkulit kuning. Ada lelaki pula yang terlalu
berkemahuan, pantang melihat si hitam manis. Memang benar apa yang
dikatakan, “Setiap manusia ada jodoh dan pasangannya”.
Allah s.w.t menyuruh semua wanita supaya berhijab dan melarang mereka
dari mengamalkan pergaulan bebas yang sudah merebak pada hari ini. Di sebalik
suruhan dan larangan tersebut ada hikmah-hikmahnya. Umpamanya, seorang
suami yang memiliki isteri yang kurang cantik, tidaklah berhasrat untuk
merampas isteri saudaranya yang cantik. Masakan dia dapat berbuat demikian
sedangkan dia tidak pernah melihat ‘aurat wanita lain selain daripada isterinya.
Oleh itu bagaimana sekalipun rupa paras isterinya, itulah secantik-cantik wanita
yang halal baginya di dunia ini. Dengan demikian setiap hidup aman damai, anak-anak
tidak terpisah dari ibu kandungnya, masyarakat juga aman bahagia.


Wahai wanita-wanita Islam! Tutupilah ‘auratmu seperti yang disyariatkan
Islam. Janganlah kamu menggunakan kecantikan anggota mengikut perasaan.
Sedarlah, disebabkan pendedahan yang kamu lakukan, sudah berapa banyak
belia-belia yang tergoda dan tersiksa
. Oleh itu awasilah moral dan akhlak kamu
semua. Hayatilah ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Seperti yang dijelaskan, memang sukar untuk melayan selera jumhur, tidak
sesukar melayan selera suami di rumah, tetapi setelah bertopengkan syaitan,
perkara yang sukar menjadi idaman. Sebagai bukti, cuba lihat beberapa wanita
hari ini yang tidak mungkin keluar rumah andainya muka belum disaluti Amami,
bibir belum digincu, mata belum dikenakan eye-shadow dan pipi belum
dimerahkan.
Hakikat sebenarnya, segala yang kamu kerjakan merugikan diri kamu
sendiri
. Di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu membazirkan wang beringgit-ringgit
sementara di akhirat pula kamu berbogel di dalam neraka.
Sungguh sial andainya kecantikan membawa padah. Ke mana sahaja kamu
pergi, lelaki ganas yang kamu temui sedangkan lelaki yang baik beradab akan
menjauhkan diri.
Wahai wanita Islam semua! Tepuk dada tanya selera. Betulkah kamu benar-benar
beriman kepad Allah, cinta dan patuh pula kepada segala suruhanNya.
Sekiranya Rasulullah s.a.w masih hidup, apalah teguran dan peringatan Baginda
terhadap kamu semua yang masih bermake-up, bersenang-senangan dan
bercampul gaul di antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan yang tertentu
.
Meskipun Rasulullah telah pergi meninggalkan kamu terlebih dahulu, namun
Allah tetap kekal buat selama-lamanya. Dia tetap melihat apa yang kamu kerjakan,
samada baik atau buruk.
Tergambarlah di fikiran, bagaimana dahsyatnya siksaan di hari Mahsyar
kelak. Kalau tergambar demikian, kenapa masih tidak mahu beramal..?!
Harus diingatkan, di hari Mahsyar nanti, kamu tidak berhak memproters di
hadapan Allah. Rasul telah diutuskan dan segala suruhan serta larangan telah
disampaikan kepada manusia semua.
Semua suruhan dan larangan tersebut terbentang di hadapan kamu. Oleh
itu hak memilih terserahkan kepada kamu, samada suka bergaul bersama-sama
saudara kamu di syurga atau rela badan tersiksa di dalam neraka di hari
kebangkitan kelak. Dengan jelas Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Terdapat
dua golongan daripada umatku yang terdiri daripada ahli neraka. Satu golongan,
didapati bersama-sama mereka itu, tongkat-tongkat yang sentiasa terhayun-hayun
laksanan ekor lembu, lalu manusia dipalu dengannya; golongan yang
kedua, terdiri dari perempuan-perempuan yang berpakaian separuh bogel, pelacur-pelacur,
berkepala besar dan terkulai-kulai; mereka tidak mungkin masuk ke
syurga; baunya yang tidak mungkin mereka rasai; masakan mereka dapat
menyedut bauan tersebut sedangkan jarak jauh di antara mereka dengan syurga
melebihi ilma ratus tahun perjalanan”.

Andai puan-puan masih meraba-raba di siang hari, menentang ajaran al-
Quran dan Hadith, mengikut perasaan dan dorongan Iblis hingga melewati
perbatasan yang dilarang Alllah, nescaya kamu terjerumus ke lembah maksiat. Ini
telah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Sesiapa yang
menderhakai Allah dan RasulNya serta melanggar ketentuan-ketentuanNya
nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka. Ia kekal didalamnya
dan baginya siksaan yang amat menghinakan” (al-Nisaa’: 14)
21
Awas wanita-wanita semua jangan sampai hidup bersandiwara, menafikan
kebenaran, mempertahankan kemungkaran. Tidakkah kamu terfikir bahawa
bermake-up satu perbuatan yang salah? Ya, jika perasaan dikuasai iblis, kuasa
penglihatan sudah tidak bererti lagi. Yang halal dikatakan haram dan yang haram
dikatakan halal. Allah memberi peringatan dalam firmanNya yang bermaksud:
“Apakah orang yang dijadikan syaitan menganggap baik perkerjaaan yang buruk,
lalu dia menyakini perkerjaan itu baik, sama dengan orang yang ditipu oleh
syaitan? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya.
Janganlah dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (al-Fatir: 8)

Hanya inilah diskusi yang dapat saya utarakan. Saya rasa sudah cukup
sebagai pengenalan dasar untuk saudara-saudari yang cintakan kebenaran.
Terhadap golongan yang masih lalai, saya ingin berseru. Berfikirlah dua kali,
bahkan tiga kali, atau empat kali dan seterusnya hingga mendapat petunjuk
semata-mata datangnya dari Allah. Oleh itu tunduk dan sujudlah kepada Allah
pohonlah hidyat dariNya, mintalah petunjuk dariNya. Mudah-mudahan kita
dapat membezakan yang mana golongan yang berpihak kepada golongan kolot
yang masih berpakaian membuka ‘aurat, tak ubah seperti di zaman jahiliyyah,
agaknya inilah yang dikatakan “Jahiliyyah Kedua Puluh”.

Ingatlah wanita diluar pesan Rasulullah iaitu sebahagian besar penghuni neraka adalah WANITA, walaupun kita anggap mekap hanya untuk hobi atau mengisi masa lapang, namun kita tidak mengetahui tanggapan orang lain adakah menerima ia sebagai hobi atau nafsu semata-mata, ingatlah wahai bidadari dunia...

4 comments:

  1. good one encik syawal.

    oh ya, awak dah ada ke buku fatimah syarha yang saya sarankan hari itu?

    kalau belum ada, saya boleh poskan. bagi alamat je. ;)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menyokong usaha syawal dan hal ini membuatkan syawal bertambah bersemangat untuk berkongsi ilmu untuk manusia khususnya remaja sekarang. hal ini terdekat untuk menulis kerana kakak ipar syawal semasa hari perkahwinannya di kedah, syawal tengak dia tak mekap pun hanya menipis dengan bedak sahaja itu pun telah menyerlahkan kecantikkan seseorng. untuk lagi cantik mesti khas untuk suami tercinta kan? tak begitu cik burung hantu. terima kasih sekali lagi tentang buku tersebut dan ilmu itu amat berguna kepada generasi yang akan datang untuk dijadikan panduan

    ReplyDelete
  3. artikel yg bagus syawal. walaupun masih bsekolah, awk dah pandai menulis dan mengulas isu2 macam ni. semoga awk jd pndakwah yg bjaya soon. insyallah.

    ReplyDelete
  4. Nurul Nadia Ismail: Alhamdulilah, semua yg baik dari yang datang dari Allah swt, semua yg buruk mungkin datang dari diri syawal yang khilaf ini. doakan syawal memperbaiki dan memantapkan skill pnulisan dan mendapat lebih banyak ilham untuk dikongsi bersama. amin, itu memang cita-cita syawal, isyallah..

    ReplyDelete