Sunday, April 10, 2011

Rasuah dalam kalangan pemimpin semakin serius

Sebelum nak cerita, syawal nak kongsi pembelajaran pada hari ini tentang rasuah. Ada negara yang menembak mati PERASUAH, ngeri kan tapi negara mana tidak diketahui. Yang tahu negara thailand menembak mati golongan 'mat rempit' sebab itu kita jarang dengar kes merempit di thailand.

Secara kita tidak sedar ada sebuah agensi Institut Intergriti Malaysia yang membantu pihak kerajaan dalam menangani gejala rasuah.

 
 

Kakitangan kerajaan yang berpangkat tinggi dan bergelar Datuk ditahan kerana disyaki terlibat kes rasuah, mari kita melihat dari jumlah kakitangan kerajaan seramai 1.4 juta. Adakah mereka tidak terlibat dalam kes rasuah?

 
 

Walaupun kerajaan telah menaikkan imbuhan serta menyediakan pelbagai kemudahan kepada kakitangan kerajaan awam bertujuan untuk mengelak mereka terjebak dalam amalan rasuah tetapi sebenarnya perlakuan rasuah bukan disebabkan gaji kecil kerana ramai yang ditangkap menerima rasuah bergaji besar.

 
 

Namun, mengapa hal ini terjadi?

 
 

  1. Disebabkan sifat tamak haloba
  2. Tiada maruah
  3. Tiada harga diri
  4. Dan didikan agama yang nipis.

     
     

    Syawal tertarik dengan sebabm yang keempat, adakah pemimpin kita sekarang tidak mendapat didikan agama yang tidak cukup? Di mana silapnya.

     
     

Kita tidak boleh salahkan kerajaan, sistem yang digunakkan, dan mana-mana pihak. Apa kata kita salahkan diri kita? Pucuk pangkal nilai-nilai murni dan kesedaran terletak pada diri kita. Oleh itu, marilah kita menebalkan semula ilmu agama kita kerana dalam agama juga mengharamkan rasuah dan tiada sistem pentadbiran di dunia yang menggalakana rasuah.

 
 

 
 

Petikan: Wareen buffet pernah berkata"When you want hire people, look for three qualities - Integrity, Intelligence and Energy. And if he does have the first one, the others will kill you"

 
 

Pernyataan yang tepat dan padat.

 
 

 
 

Akhir kata untuk peringatan diri syawal yang bakal menjadi pemimpin di masa depan isyallah, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa barang siapa yang telah diberi amanah dan tidak dilaksanakan amanah ini dengan baik, BALASANNYA adalah di akhirat jua.



Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

 
 

Pasted from <http://ms.wikipedia.org/wiki/Integriti>

No comments:

Post a Comment