Sunday, May 15, 2011

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggakan.....

Berita Harian bertarikh 15 Mei 2011 bersamaan 11 jamaldilakhir pada muka surat depannya bertajuk “Za’ba dipersendakan”.
‘Tok Bai akan menangis dalam kubur jika tahu khazanah warisannya tidak dihagai,” kata cucu Pendeta Za’ba, rozlin Za’ba Mohd Redza. Tok bai ialah panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan sri Dr zainal Abidin Ahmad.
Hal ini berkaitan dengan kekecewaan pewaris Za’ba kerana semua khazanah tinggalan pendeta tidak dihargai oleh semua masyarakat. Sudah kita lupa tentang jasa yang terlah dibuat oleh Pendeta tersbut iaitu memartabatkan semula Bahasa Melayu. Kita sebagai bangsa Melayu yang tenggelam oleh arus kemajuan sudah mulai lupa tentang asal usul kita. Jangan kita lupa tentang jasa orang sebelum kita, peradaban dan kejayaan oleh Melayu hilang begitu sahaja. Sekiranya hendak disenaraikan sumbang yang dilakukan oleh Pendeta Za’ba memang banyak, anda cari la sendiri.. syawal bukannya apa, bak kata Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang di dunia”.. takut-takut Melayu Hilang di Negara sendiri





p/s ingatlah orang yang banyak berjasa kepada kita terutamanya Nabi Muhammad SAW kerana baginda banyak berpesan kepada kita iaitu umatnya..

No comments:

Post a Comment