Wednesday, May 4, 2011

tak lama lagi malaysia dipenuhi SAMPAH

petang tadi selepas syawal balik sekolah disebabkan aktiviti kokurikulam sehingga petang. kemudian syawal per cari tempat untuk berjogging di taman jubli emas. dekat sana ramai orang main layang-layang kerana sekarang musim angin kot, tapi yang menarik ada layang-layang bentuk macam payung terjun. ingatkan ada pertunjukkan payung terjun ka. hahhaha, itulah cerita serba sediikit.

TAPI, yang menyakitkan hati. masyarakat malaysia yang pengotor, suka membuang sampah merata-rata. sebagai contoh, walaupun ada tong sampah ada di sebelah pokok yang agak besar, tetapi ada seorang hamba mana entah yang sanggup menyelitkan botol minuman 100 plus di celahan pokok. adui, bayangkan mentaliti masyarakat kita yang tidak mementingkan kebersihan dan mengambil mudah semua perkara. kita sebagai orang yang berpendidikan yang memiliki asas agama masing-masing. dalam setiap agama mementingkan kebersihan, sila habaq mai agama mana yang tak mementingkan kebersihan. dalam islam juga menyatakan bahawa kebersihan itu asas keimanan.


Scene kedua,

hahaha, ada episod kedua pula pasal buang sampah ini. kejadian ini berlaku semasa syawal hendak balik rumah la selepas penat beriadah. dalam perjalanan pulang, ada 2 orang gadis yang menaiki motor sambil membawa bekas plastik minuman. nak kata pergi sekolah dak, tak taw la. dengan mudahnya selepas gadis itu habis minum minuman dalam bekas plastik tersebut, dia terus mencampak bekas plastik itu di tepi jalan. sakit mata syawal memandangnya kerana hal tersebut telah menunjukkan tingkah lagu yang yang tidak sopan dalan kalangan wanita kita terutamnnya yang beragama Islam.


bukan payah pun.

jangan kita digelar sampah masyarakat atau masyarakat yang menbuang sampah merata-rata? haaa, pening kan.. syawal bukannya apa, bukan susah pun nak buang sampah di tempat yang disediakan, awat kalau pegang sampah orang akan gelar kita pengotoq ka?fikir positif la kawan-kawan, apa salahnya kita menyimpan bekas makanan atau plastik sehingga kita jumpa tong sampah melain kalau kita bawa sampah kena saman dengan polis. tak kan?

oleh itu, jum jadi masyarakat yang pembersih!!!

kerana, kebersihan itu asas KEIMANAN....

No comments:

Post a Comment