Monday, May 23, 2011

Pentas dunia


Dunia Ini ibarat pentas lakonan,
Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,
Al-Quran dan As-Sunnah itulah skipnya,
Malaikat itulah jurugambarnya,
Islam itu jalan ceritanya,
Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,
Padang masyhar tempat penganugerahannya,
Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,
ALLAH S.W.T adalah hakimnya,
Syurga atau Neraka adalah trofinya

Lirik Akhil Hayy - Madah Muqaddimah

Hidup di dunia hanya sementara sahaja, oleh itu marilah kita bersama-sama tingkatkan amal ibadat untuk keperluan dia ahkirat. Jangan la kita terleka dengan keseronokkan di dunia kerana ia tidak kekal lama, jadi banyakkan berfikir tentang balasan kita di syurga nanti. Setiap perbuatan yang kita lakukan akan dicatat oleh dua orang malaikat iaitu Malaikat Raqib tugasnya ialah mencatat segala amalan kebaikkan manakala malaikat 'Atid tugasnya mencatat amalan kejahatan. Oleh itu, berpandulah kepada Al-quran dan Al-hadis agar kehidupan kita sentiasa di jalan yang benar dan diredai Allah. Ingatlah kita semua termasuk syawal sendiri bahawa kiamat semakin menghampiri kita umpama kematian mengejar kita. Jadi, untuk mudah dihisap (dinilai amalan) maka jauhilah perkara yang dilarang oleh Allah swt kerana untuk menentukan kita masuk syurga adalah terletak pada diri kita sendiri. Hidayah itu milik Allah dan Dialah yang berhak untuk mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya seperti surah berikut yang kita belajar ketika tingkatan 4.

Al Qur'an, Surah Al-An'am ayat 125-128 (6: 125-128)


 

فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman (QS, 6:125).

 


 

Creadit, Kata-kata yang dipetik daripada sahabat syawal:

Harus diingat. Dunia ini juga pentas lakonan. Kita semua adalah pelakon. Directornya cuma satu, Allah SWT. Alangkah bagusnya jika kita dapat menghayati skrip kehidupan yang Allah dah beri dan arahkan pada kita di pentas dunia yang sementara ini. Agar lakonan kita nanti akan mendapat kutipan 'box office' ketika ditayangkan di pawagam akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment