Friday, January 6, 2012

Berkerja sambil beribadah?

  Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik umur hampir mencecah puluhan tahun. Tapi itu tidak menjadi masa bagi syawal setiap orang umurnya akan juga meningkat. Hidup dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua serta bergantung pada takdir untul meninggalkan dunia yang fana ini. Hal ini setiap yang bernyawa akan mati. Mati itu pasti!

  Adakah amal kita lakukan selama ini mencukupi untuk dijadikan bekalan kita masa ahkirat nanti? Sesungguhnya orang yang rugi itu adalah apabila masuk tahun baru, amalan tidak bertambah. Jadi, berazamlah pada tahun ini agar kita dapat meningkatkan bekalan kita semasa di ahkirat kelak.

  Sekarang syawal tengah bercuti sementara menunggu 'result' yang dijangka keluar pada bulan dua nanti ishaAllah. Syawal telah diajak oleh rakan-rakan untuk berkerja bersama-sama mereka di sebuah kilang membuat mesin. Syawal berfikir sejenak, adakah patut aku mengikut mereka. Sekurang-kurangnya, masa syawal tidak terbuang untuk berFB, bercouple, berlepak, bermerapu, dan melakukan pekara yang laqa. Kemudian, terfikir tentang masa untuk beribadat kepada-Mu Ya Allah. Mungkin masaku bersamamu akan berkurang? MasyaAllah pelbagai andaian berlaku di fikiranku.

  Malam sebelum syawal pergi untuk temuduga kerja itu, syawal melakukan solat hajat dan tahajud agar dipermudahkan temuduga itu dan diberi petunjuk. Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan syawal diterima bekerja pada malam ini. Hal ini disebabkan waktu berkerja adalah pada 10.30pm hingga 6.30am. Tiba-tiba syawal teringat satu firman Allah swt:


Allah berfirman di hadapan malaikat:
“Lihatlah hamba-hambaku itu, mereka telah bangun di tengah malam kerana di waktu tiada seorang pun hambaku melihat mereka kecuali aku. Wahai malaikat, saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka syurgaku tempat tinggal kehormatanku” (Hadith Qudsi)
    Bagi syawal, solat malam adalah salah satu ibadah kita kepada Allah swt. Apa kata kita berniat untuk berkerja semata-mata untuk beribadah kepada kepada-Nya untuk mencari rezeki yang halal.  Sebagai contoh, kita selepas SPM, kita berberkerja menjaga bayi atau kanak-kanak di taska. Kita berniat bekerja kerja Allah swt, seperti semasa kita ingin mengendong bayi untuk menidurkannya. Kita akan berzikir, bersalawat, bertasbih, bertasmid dan secara tidak langsung kita dapat gaji/pahala di dunia/ahkirat. Mudah kan? Bagi situasi syawal pula, ketika syawal berhadapan dengan mesin-mesin itu nanti, apas salahnya berzikir dan sebagainya untuk mengingati Allah swt di samping waktu rehat nanti diggunakkan untuk bersolat malam. Bukan kita tahu solat itu merupakan keringanan dan senaman untuk orang beriman. Hal ini membuat syawal lebih bersemangat untuk berkerja.
  Doakan syawal berjaya menghadapi cabaran ini..amin

No comments:

Post a Comment