Tuesday, January 3, 2012

Cara untuk mengikis perasaan menyampah?

Syawal pasti bahawa perasaan menyampah wujud dalam setiap manusia. Andai kata sifat ini tidak dikikis, ia akan melekat di dalam hati dan lama kelamaan hati akan bengkak kemudian hati akan sakit seterus rosak. Jadi siapa yang susah? diri sendiri juga kan. Sebelum itu cuba kita mendefinisikan maksud 'meyampah'. Pada pendapat saya, perasaan menyampah ini lebih kepada sesuatu perasaan yang tidak selesa atau tidak meyenangkan terhadap kelakuan atau tingkah laku seseorang. Pertama kali, cubalah terima kelakuan orang dan hormati dia kerana mungkin itu adalah sifat semulajadi. Ingat, ingat kita hormati orang, kita juga akan dihormati.")

Cara untuk menghilangkan sifat menyampah terhadap seseorang
  • Memikirkan kebaikkan yang telah rakan kita lakukan. Fikirkanlah kebaikan rakan yang kita tersangat menyampah walaupun kebaikkan yang dia lakukkan cuma sebesar zarah. Mustahil la jika tiada kebaikan yang rakan kita lakukan sepanjang kita bersahabat dengan dia. Sekirangnya tiada, maksudnya kita jumpa dia kerja nak bertekak atau bergaduh ja la. Selain itu cuba fikirkan kebaikan yang dia lakukan yang kita tidak nampak atau terlepas pandang contohnya jika dia ketua dalam kelas kita. Kemudian dia telah menolong menanda kehadiran kita kepada guru/pensyarah/guru tusyen/guru sekolah memandu dan sebagainya. Maka, anggaplah itu pertolongan yang kecil pada pandangan kita, namun disebaliknya ada hikmah yang tidak ternilai..
  • Mungkin ada hikmahnya kita menyampah kepada seseorang. Sebagai contoh kita meluat kepada perangai kawan kita yang suka bermuka-muka. Oleh yang hal demikian, kita tidak akan mencontohi sifatnya itu kerana kita tahu sifat bermuka-muka memang orang tidak suka kan. Jadi, disebabkan kita menyampah  kepada perangai dia itu kita akan hidup bahagia di dunia dan akhirat.")
  • Banyakkan bersabar apabila berhadapan yang individu yang bak kata orang putih 'annoying'. Cuba kenangkan kisah-kisah para Nabi yang menerima bermacam ragam manusia ketika ingin menyampaikan dakwah. Pebagai karenah manusia yang dihadapi oleh para Nabi dalam berhadapan dengan golongan yang menyampah ini. InshaAllah suatu hari nanti mereka akan tersedar kerana Hidayah itu milik Allah swt dan kita hanya berusaha untuk membimbing kearahnya.")
  • Mereka adalah saudara seagama kita, jadi buat apa untuk saling "sampah-meyampah"(saja buat hiperbola). Tiada faedah untuk kita meluat kepada kawan kita yang lebih-lebih lagi seagama kita. Jika ada faedah mai 'habaq'(bagi tau) sat kebaikkan yang kita peroleh? Hal ini mungkin boleh diumpamakan kita meluat terhadap agama kita sendiri wallahualam.
Pasti di antara kita pernah menjiwa perasaan menyampah ini kan? pernah kata, kita dah nasihat kat dia tentang perangai yang bagi orang tidak suka. Kemudian, balas kawan kita itu, kamu pun pernah buat dosa, solat pun tunggang langgang ada hati nak nasihat orang. Bagi la orang suci yang tak pernah buat dosa nasihat aku. Anda hanya perlu menjawab. Tunggu mailaikat mai nasihat hang la kalau macam itu, tapi kalau malaikat izrail mai agak2 sempat x?

  tepuk dada tanya iman")


2 comments:

  1. Hahahaha alhamdulillah.. Kurang rasa menyampah tu.. Tapikan 😭kenapa setiap kali pergi mana - mana mesti akan ada org benci😢😩

    ReplyDelete