Sunday, January 8, 2012

Pahala adalah tiket ke syurga ")

 Kadang-kadang syawal terfikir sejenak, kenapa manusia tidak mengejar kemewahan di akhirat sepert imana mereka mengejar kekayaan di dunia ini. Manusia leka dalam alam kemewahan duniawi sebabkan oleh mereka nampak dan dapat merasa apa yang mereka usahakan. Sebagai Contoh, pagi-pagi mereka keluar mencari rezeki, setelah itu dapat untungan/gaji dan hasil mereka dapat menggunakkan wang tersebut untuk membeli bermacam barang kereta mewah, emas, belian dan sebagainya demi kepuasan diri sendiri.
  Analoginya, bagi manusia yang mengejar kemewahan di ahkirat mereka akan keluar pagi-pagi untuk mencari keredaan Allah swt seperti melakukan sesuatu untuk kebaikkan diri sendiri dan bersama. Hal ini disebabkan pahala dan dosa boleh diibaratkan "wang" kita untuk memasuki syurga atau neraka kelak. Jika banyak 'wang' pahala yang kita kumpul nanti, syawal percaya kita akan jadi orang kaya di Al-Jannah-Nya(syurga) iaitu Firdausi. Begitu juga andai sebaliknya, kita mungkin menempah neraka Jahanam, nauzubillah min zalik. Berdoalah agar kita dijauhi tempat itu.

     Ingin syawal kongsi :
"Berkerja kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadah seperti kamu akan mati esok"

Tiada sesuatu perkara pun boleh terlambat, andaikan kiamat esok, Nabi Muhammad saw barsabda "Jika ada benih di tangan kamu, maka tanamlah benih itu" semoga benih itu bermanfaat via Ustaz Don Daniyal Don Biyajid


Sedarlah, bahawa tidak terlambat lagi untuk kita berubah. Cuma yang penting bermula dari hati yang ikhlas. Mungkin dulu kita pernah melakukan dosa, maka cepat-cepat la beristighfar memohon keampunan. Mungkin kita pernah terleka dengan dunia, maka segera sedar daripada lamunan.

No comments:

Post a Comment