Thursday, January 31, 2013

Jejaka Merah Jambu

Queensbay: Selamat Tahun Baru Cina untuk semua.

Isnin. 8.45 pagi. Kelihatan Bank Maybank di Jalan KOMTAR Geogetown belum mula beroperasi. Ramai pelanggan tertungu-tungu di luar kawasan premis berkenaan. Kelihatan disebalik cermin, staf-staf Maybank diberi sedikit taklimat oleh orang atasan berkaitan urusan perbankan pada hari ini serta disampaikan berita-berita semasa. 


Orang ramai yang sudah lama menunggu bank tersebut beroperasi kerana jam telah menunjukkan pukul 9.00 pagi, dan akhirnya orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam bank setelah pak cik security membuka pintu. Selepas itu, mereka pergi membuat urusan masing-masing, ada yang pergi ke mesin ATM, Deposit Cash, Deposit Cek dan ada juga yang pergi ke kuanter pertanyaan dan ada mengambil angka giliran untuk berurusan.



Seorang jejaka berusia awal 20-an pelajar tahun pertama Universti yang berpangkalan di betul-betul hujung utara Malaysia dan bukan setia hujung nyawa yer pun berjalan cepat memasuki Bank tersebut untuk melakukan kerja yang dipinta oleh pensyarahnya itu melakukan survey di dalam bank tersebut. Segak, bergaya, berbadan tegap, hidungnya mancung dan berkulit sawo matang seperti jejaka Melayu terakhir. Dengan rambut hitam pekat dan lurus seperti rambut Justin Bieber dan sedikit artis korea atau seperti remaja sekarang panggil kpop, boleh dikatakan jejaka ini boleh dikategorikan sebagai tampan dan menjadi rebutan gadis-gadis di luar sana :)



Apa yang menarik tentang jejaka ini adalah baju kemeja yang dipakainya. Ia digosok rapi dan kelihatan begitu kemas dan segak sekali dan berleyat yang bertulis Dpp Petronas UUM. Baju kemeja yang dipakai di "outer" mengikut susuk tubuh jejaka berkenaan dan kelihatan begitu kemas sekali. Dan yang menarik perhatian adalah warna kemejanya begitu memukau mata yang memandang iaitu Merah Jambu. 



Yup, Merah Jambu. Terang, dan Mengodakan serta Terpesona



Adakah jejaka tersebut Metro ataupun Metroseksual.



Apa yang menghiburkan, beberapa dara pingitan tersengih-sengih melihat tingkah laku jejak tersebut. Dengan harapan agar jejaka tersebut menegur lantas mengutarakan ayat-ayat manis untuk mengurat mereka. Agak perasan di situ.



Namun, ada juga yang terkantoi menjeling-jeling jejaka tersebut. Yang kali ini bukan setakat anak dara pingitan: malah mak dan nenek dara pingitan pun tidak segan silu menjeling susuk tubuh badan yang segak dan kacak itu! Kemudian apabila jejaka tersebut menjeling kembali, mereka lantas tersipu-sipu. Malu. Hehe. Padan muka.



Sambil menunggu di sofa lembut yang berwarna hitam dan berhadapan terletak meja kaca separa bulat, jejaka tersebut meletakan beg galas berwarna hitam serta fail berwarna kuning di atas meja tersebut sambil menunngu pelanggan yang berlapangan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah jejaka tersebut.



Sementara itu, Jejaka tersebut terkumat-kamit membaca sesuatu. Matanya terpejam sambil itu. Khusyuk. Mungkin sedang menghafal lirik lagu kegemaran agaknya.. Orang di sekeliling serta staf di Bank tersebut tidak putus-putus memerhatikan gelagat lelaki ini. Tertarik. Menarik. kau memang Tampan



Tiba-tiba mulutnya berhenti terkumat-kamit. Dia tersenyum sinis. Pendek. Puas. Lega. Dia kemudian membuka kelopak matanya. Anak matanya yang bulat dan memiliki bulu mata yang tebal, memandang ke sesuatu sudut tempat dia duduk, dan dahinya sedikit berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.



Dia lantas membuka beg galas berjenama nike di hadapannya. Tangannya ligat menyelongkar mencari sesuatu di dalamnya.



Insan-insan yang sejak daripada tadi memerhatikan tingkah laku jejaka tersebut kini lebih teruja. Malah ada juga seorang yang tidak tahu malu ingin menjaga tepi kain jejaka tersebut, bergerak mendekati jejaka itu. Benar-benar ingin tahu.



Menyibuk.



Tiba-tiba, jejaka itu mengeluarkan sesuatu seperti "Pouch Beg Casing" yang berwarna Merah Jambu sambil mengeluarkan Ipod Touch daripada beg tersebut. Jejaka tersebut memandang ipodnya sambil mengesek skrin ipod tersebut untuk membuka papan kekunci. Kemudian jejaka tersebut membuka aplikasi Al-Quran lantas mencari mukasurat terakhir yang ditinggalkannya. Surah An-Nahl. Tanpa menghiraukan pelanggan-pelanggan yang beratur panjang untuk menukar duit dibelakang jejaka tersebut dia menyambung baca ayat-ayat cinta dari langit itu. Mendayu-dayu. 

Nanges.



Terbeliak beberapa biji mata yang memerhatikannya. Ada juga yang sedikit terlopong melihat keadaan itu. Yang mana tadi sibuk memerhatikan gelagat jejaka itu, kini tertunduk malu dan cuba mencari-cari aktiviti lain yang boleh dilakukan. 



Malu.



Kelihatan, nun di satu sudut menunggu giliran di Bank tersebut, seorang gadis bertudung labuh, Berwajah sedikit kecinaan, ada darah keturunan cina agaknya. Sangat terserlah keayuaan apabila dilihat mengenakan pakaian yang sopan dan hanya tersenyum manis melihat lelaki itu. Bangga. Dia lantas terus menyambung bacaan maathuratnya, dia memanfaatkan teknologi dan masa serta kesempatan waktu yang terluang untuk bersama dengan penciptaNya yang tercinta.



Jejaka tersebut berhenti sebentar. Dia memandang sekeliling, mengikut gerak hatinya. Matanya henti tatkala memandang kelibat seorang wanita muda yang bertudung labuh duduk di hujung ruangan menunggu, terangkat-angkat bibirnya, membaca sesuatu. Jejaka itu memicing telinga untuk mendengar apa yang dikatakan oleh gadis tersebut. Di tangan gadis itu erat memegang tasbih. Dia tersenyum. Izzah. Senyumannya bertambah lebar apabila melihat warna tudung yang dipakai gadis itu.


Merah Jambu. Comel :)

+++++ 

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

(al-Nahl. 16:128)


-adaptasi daripada incik gabbana dan pengalaman.