Thursday, March 7, 2013

Alhamdulillah Alhamdulilah Alhamdulilah....

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat, agar kita semua di dalam rahmat Allah. Izinkan syawal berpantun.

Nyenyak tidur ditemani surah Al-Kahfi,
Bangun pagi ditemani kicauan burung,
Hidupkanlah sunnah Nabi walaupun sekali,
Syurga menanti kelak kita yang untung.

Sahabat-sahabat semua dah amalkan surah Al- Kahfi? jika belum meh la kita jadikan amalan. Teringat lagu nasyid kumpulan Raihan tentang cerita Ashabul Kahfi ini. Dulu masa syawal kecik-kecik suka dengan ustazah kat kelas KAFA bercerita tentang pengembaraan pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ini. Sampai ternganga mendengarnya sebab nak cuba bayangkan adakah cerita itu benar-benar terjadi. Namun, tiada yang mustahil berlaku di muka bumi ini melainkan dengan izinNya. 
Woha!!. best kan sampai ternganga, lagi best kalau ustazah tu siap teguq.. but, im still cool okey.. hehe

Wah, pendahuluan pun dan panjang kan... sebenarnya bukan itu yang syawal nak kongsikan. Apa yang syawal nak kongsikan dengan sahabat-sahabat semua ialah tentang jadual kelas syawal. Bersyukur Alhamdulilah kerana Allah swt telah permudahkan urusan syawal dalam mengatur jadual kelas yang sangat selesa bagi syawal untuk semester ini. Sejak tahun lepas lagi dah atur cun dah jadual ini... (Padahal baru 2 bulan yang lepas). Bagi syawal, apabila kita buat sebarang keputusan itu adalah yang pertama dan yang terakhir. Walapun kita terpilih keputusan yang salah, itu tidak bermakna kita perlu tertekan mahupun mengalah. Sebaliknya kita harus menerima cabaran tersebut dan berusaha sedaya upaya untuk menghadapi. Banyakkan berdoa agar kita dipermudahkan perjalanan. IsyaALLAH. 

Jadi, semasa minggu pertama kuliah. syawal rasakan diri ini manusia paling rilek kat dunia apabila tak perlu berebut-rebut atau bertumbuk-bertumbuk dengan sistem add drop. hehe, Jadi tahap ketekanan tiada. WoHA!!! Alhamdulilah. Manakala, apabila masuk kelas yang syawal pilih tersebut lagi la happy sebab lecture semua baik-baik dan sporting. Harap syawal dapat menimba ilmu dengan mereka walaupun sedikit. Yang selebihnya hang kena berusaha sendiri syawal!!! anda pasti boleh.. oPPss, "kita pasti boleh"..

Nak tahu jadual syawal, meh nak cerita..

Ahad : pukul 8.00 pagi- 9.30 seterusnya 9.30 sampai 11.00 pagi kemudian "rehat" dan sambung pada pukul 12.30-2.00 petang.

Isnin : pukul 9.30-11.00 pagi kemudian "rehat" dan sambung pukul 12.30-2.00 petang sambung 2.00-3.30 petang.

Jadi, semester ini syawal ambil 6 subjek.. rilek kan, hidup ini memerlukan perancangan. Alhamdulilah apa yang syawal rancangkan selama ini berjalan dengan lancar. Pendapat syawal kehidupan kita ini tidak perlu tergesa-gesa, namun harus disegerakan apa yang perlu. Faham tak? tak faham boleh tanya okies!!..

Alhamdulilah, waktu "rehat" dalam jadual syawal yang telah ditakdirkan oleh Allah swt syawal akan gunakan dengan sebaik yang mungkin. Syawal dapat rehat, makan, menjawab panggilan semula jadi, dan yang paling penting yang rehat syawal adaah waktu yang sangat sesuai untuk solat Dhuha. Alhamdulilah doakan syawal termakbul juga... syukur sesangat..

Semoga Allah swt merahmati anda semua :)

-tombiroulast-


No comments:

Post a Comment