Friday, March 8, 2013

Bersyukur itu adalah satu Nikmat. YEAH!!!

syawal sudah. anda bila lagi?
Menulis memerlukan rasa, rasa memerlu hati, hati memerlukan perasaan, perasaan memerlukan jiwa. Apabila diadun semua rencah ini maka terjadilah penulisan yang hebat. Tulisan yang dapat menyentuh kalbu sehingga mencurah-curah air mati ini umpama air terjun..

Nanges...

Cuba kita fikir, berapa banyak kita menitiskan air mata ini? Adakah kita menitis air mata kita untuk memohon taubat kepada yang Maha Esa? Tidak kita terfikir, adakah cinta kita kepada Allah diterimanya? ataupun selama ini kita jauh daripada Allah? Tapi waktu susah sahaja baru kita mengingatiNya?

Sepatutnya, setiasa kita perlu ini kepada Allah, ketika bangun ucapkan Alhamdulilah, ketiga menunggu bas nak pergi kuliah berzikir kepadanNya, Ketika dapat tempat untuk untuk di dalam bas ucapkan Alhamdulilah jadi tak perlu la kita berdiri kan2? Ketika kita dapat masuk kelas awal ucapakan Allahhuakbar. Dapat kita menuntut ilmu kan, ianya ibarat kita berjuang untuk agama kita yang pertama, kedua kepada Rasul, ketiga kepada Ibu Bapa, Keempat kepada adik-beradik kita kelima untuk isteri atau suami kita nanti serta kepada anak-anak anda yang akan lahir nanti. Maaf ya, syawal belum berkahwin.. hehe. Semasa mata kita duk sepet lagi waktu nak mandi pepagi tu ucapkanlah subhanallah apabila kita melihat indahnya ciptaan Allah swt yang mencipta bukit, pokok, hutan, monyet, burung, awan, matahari terbit. Maklumlah tempat kediaman syawal terletak di atas bukit. Jadi pemandangan ini yang hari-hari syawal lihat yang mengagumi ciptaanNya. Dengan suasana yang aman tenang waktu pagi, udara yang segar sambul menghirup secawan nescafe sambil menunggu matahari terbit. Bersyukur sangat sebab tingkap bilik syawal betul mengadap matahari terbit. Dapat la syawal bernikmati detik-dekik romantis melihat matahari terbit bersama sang penciptaNya iaitu Allah swt. hehe, setelah usai solat subuh sebelum pergi ke kelas. Kelas-kelas semester ini semuanya awal-awal pagi serta kelas ko-k pada hari sabtu pun awal pagi. Memang terbaik aturan yang telah ditetapkanNya. bersyukur sangat.

Sepatutnya kita perlu amalkan bangun di awal pagi. Pintu rezeki akan terbuka luas kepada kita apabila kita tidak tidur selepas solat subuh.. Jadi, syawal cuba amalkan dengan seberapa mampu yang boleh agar syawal dapat rezeki yang banyak, bertimbun-timbun, bertan-tan. tapi untuk pengetahuan semua rezeki yang syawal maksudkan bukan duit semata-mata. Tetapi, rezeki kita kepada ilmu yang kita dapat, rezeki badan yang sihat, rezeki dapat kawan yang baik, rezeki makan, rezeki minum, rezeki tenaga. Penat juga nak menulisnya. hehe. Jadi itulah sebab kita perlu sentiasa bersyukur dalam setiap langkah kita.


Setakat ini perkongsian syawal.. semoga anda semua di dalam rahmat Allah swt..


* tombiroulast


No comments:

Post a Comment