Saturday, March 16, 2013

Bersangka baik dan bersabarlah

Tatkala belum azan subuh berkumandang, rezeki sudah masuk. Alhamdulilah, ketika orang lain sedang diulit mimpi indah, dalam sekitar 4 pagi ada orang mengetuk pintu bilikku. Aku lantas bangun untuk membuka pintu kerana aku sangat pantang orang mengetuk pintu bilikku.

Ketika aku membuka pintu, ada seorang pelanggan tetap juga la sebab semester lepas ada juga dia nie datang kat bilik aku pada waktu dan ketika yang sama untuk print nota. Dia seorang foreigner, daripada arab rasanya.. Aku dengan muka baru terkejut beruk terus layan pelanggan walaupun pada awal-awal pagi nie..

Alhamdulilah rezeki dh masuk. Dia siap bagi "keep the change" lagi

Dekat sini aku nak mengajar hampa erti hikmah, mungkin hampa rasa dia ini menganggu anda tidur anda, namun sebenarnya dia datang memberi satu seribu rahmat. Nak tahu kepada? sebabnya, aku boleh bangun awal pagi untuk membuat sedikit ulang kaji, solat tahajud, dengan sempat bersolat subuh di masjid. tengok kan? untung tak? Alhamdulilah..

Jadi, setiap ujian atau benda yang kita tidak suka hendaklah kita banyak bersabar dan bersangka baik kawan-kawan. IsyaALLAH ada rahmat yang tersembunyi..

** mungkin adalah berkat Dhuna yang aku cuba istiqamah untuk dijadikan amalan
terima kasih Ya ALLAH.. jadikan aku orang-orang yang sentiasa bersyukur. :)

sedekah la banyak-banyak. :):0):)0) senyuman itu sedekah

-tombiroulast

No comments:

Post a Comment