Thursday, March 31, 2011

Masyarakat zaman jahiliah




Thursday, March 31, 2011
10:29 PM

Lama sungguh tak pegang buku Tamadun Islam, nak exam punya pasal baru kalot nak pegang, di sini bukan nak cerita pasal pegang buku ka apa ka... haha



Pasal syawal perasan bahawa masyarakat zaman jahiliah dulu lebih kurang ja dengan masyarakat sekarang ini. Nak tahu kenapa.?

Sebelum itu nak terangkan maksud jahiliah. Jahiliah berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud bodoh dan sesat.

BUKTInya,

Masyarakat zaman jahiliah boleh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ekonomi, sosial, dan politik.

Zaman jahiliah,

EKONOMI~ golongan badwi kerja ialah merompak dan tinggal di merata tempat dan seing berpindah randah.

SOSIAL~ masyarakat pada zaman ini selalu beperang sesama sendiri antara kabilah-kabilah, kabilah mana yang kuat akan menang dan menguasai sumber makanan. Lagi satu bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dikatakan membawa malang.

POLITIK~ mereka memiliki semangat kesukuaan yang tinggi dan mengambil hal mengenai hal pentadbiran mereka sendiri sahaja tanpa mempedulikan bangsa yang lain



Mengapa syawal megatakan bahawa mereka ini SAMA dengan masyarakat sekarang ialah:


EKONOMI~ banyak kes merompak berlaku dalam kalangan masyrakat kita kan? Sehinggakan duit pencen atuk pun cucu curi.. Mana tak dahsyat pun kita.


SOSIAL~ yang ini paling teruk masyarakat kita lakukan.. Orang dulu reti jga nak tanam, malangnya sekarang lempaq tepi jalan malah dalam tong sampah pun sanggup.. Inikan masyarakat bertamadun.? dulu duk perang, skrg pun kerja perang...


POLITIK~ nak cakap pasal politik taleh lagi sbb baru umur 19. pasal ini takyah duk cerita la hampa semua mesti tahu kan kesa Anwar Ibrahim kan… macam-macam kes kurang enak pasal dia. Inilah dunia politik, kita yang membuatkannya menjadi kotor.


Sekian, buka hati buka mata.. Jadikan yang dahulu renungan supaya kita tidak terjatuh di hadapan.. Selamat beramal..

wallahualam

No comments:

Post a Comment