Wednesday, August 17, 2011


"Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun
dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari"

Petikan kata-kata cikgu sejarah syawal pagi tadi apabila belajar tentang sejarah islam. sesungguhnya jika kita tahu bahawa kita akan mati esok hari, maka sundah tentu kita akan bersungguh-sungguh untuk beribadat kepada tuhan agar ditempatkan di dalam syurga bukan? sehinggakan kita sanggup tak makan dan minum dan meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan macam orang kata kerja beribadat 24 jam ja. haha, itulah sebab terdapat 8 perkara yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan kita dan salah satunya ialah bila datangnya ajal kita. Oleh itu, kesan positif Allah menyembunyikan perkara tersebut agar kita bersiap sedia untuk menghadapi hari ahkirat dan bertemu dengan-Nya.

Manakala, bekerjalah atau secara umunnya ialah melakukan sesuatu perkerjaan di dunia ini dan untuk diri syawal mestilah untuk berlajar seperti syawal hendak hidup seribu tahun lagi.. Peperiksaan akan mejelang tidak lama lagi, jadi Ya Allah berikan hambamu kekuatan untuk mengulang kaji pelajaran dia samping beribadat kepadamu dalam bulan ramadan yang mulai ini.

Hal ini bertepatan dengan turunnya Al-quran dan salam nuzul Al-quran semua. sedaq tak sedaq dah lebih setengah bulan kita berpuasa kan. Berdoalah agar ibadat kita diterima dan pahala diggandakan untuk segala amalan yang kita lakukkan dari 1 ramadan dahulu..
sekian..

No comments:

Post a Comment