Friday, August 26, 2011

Alhamdulillah syawal dapat anak..

haha, tengok tajuk macam berani mati ja kan.. Assalamualaikum semua, kali ini nak berkongsi tentang suatu perkara ialah syawal buat pertama kalinya menerima memperoleh seorang anak buah/menakan berjantina perempuan dan lahir pada 21 ogos 2011 bersamaan 21 ramadan 2011 pada pukul 2 petang di hospital serdang. Untuk pertama kalinya mestilah bersyukur kepada Allah swt kerana memudahkan proses kelahiran dan memberi semangat kepada kak aisyah untuk melahirkan seorang mujahiddah sebagai peyeri di dunia ini. selain itu, ucapan taniah kepada bang on(khairul adha) kerana telah berjaya menjadi seorang ayah cukup geram apabila pertama kali melihat wajah bayi tersebut sambil teringat lagu UNIC permata ayah bonda. Petikan dari lagu tersebut " Anak-anak adalah permata ayah bonda, ibarat kain putih yang bersih, dan terpulangan bagaimana mendidiknya" tak pasti lirik betul atau tak sebab dah lama tak dengar.
>>> bila nak balik kedah taktaw, tak sabaq nak tatap anak buah ni dan serta merta naik pangkat jadi pakcik
nak tengok lebih lanjut bayi perempuan buka sini

No comments:

Post a Comment