Friday, August 19, 2011

Tahu dak makna surah Al-fatiha? jom kongsi ilmu

Untuk renungan bersama. mungkin berita ini sudah lama tetapi syawal terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan semua. teringat kata-kat ustazah syarifah dahulu semasa tingkatan 4. beliau berkata"kita busuk-busuk baca surah alfatiha pun 17 kali sehari itu pun sekiranya kita menunai yang solat yang wajib sehari semalam dan jika buat solat sunat alhamdulilah la. tetapi adakah kita memahami maksud yang kita bacakan serta setakat mana penghayatan kita terhadap bacaan tersebut" waw, berdesing telinga syawal ketika iti seperti kata-katanya menusuk kalbu. kita itu, syawal terfikir, kita boleh menghayati lagu cinta nyanyian penyanyi yang kita minati contohya anda boleh fikir sendiri la. syawal taknak lagu contoh penyanyi sebab tiap-tiap orang mempunyai citarasa yang berlain misalnya anda minta lagu sedih, anda dengar sampai menitis air mata kerana lagu itu menceritakan tentang penderitaan seseorang atau anda meminati lagu cinta, sampai anda terbayang untuk bercinta sampai syurga kan.? haha, mesti orang cakap dah fitrah manusia kan.
ok, berbalik kepada isu yang ini syawal samapikan ialah setakat mana penghayatan kita terhadap bacaan al-fatiha, adakah semasa kita membaca surah tersebut kita terbayang-bayang maknanya dan selain itu solat kita akan bertambah khusyuk? tanya pada diri anda sendiri. hal ini kerana syawal ada terbaca berita tentang sesetengah pelajar sekolah malah pelajar IPT tidak tahu makna al-fatiha dan perkara ini amat menyedihkan. beritanya di sini. syawal mengakui perkara tersebut kerana syawal pun pernah menjadi pelajar sekolah dan syawal pun tergolong dalam golongan tersebut semasa syawal sekolah rendah. Alhamdulilah sekarang sudah di beri hidayah untuk memahami maksudnya dan di kesempatan ini bagi sesiapa yang tidak memahami maknanya, maka luangkan masa ada sekadar 5 minit untuk menghayati maknanya. selagi kita diberi peluang, gunakkan peluang itu sebaik mungkin...



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus(6)
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)

No comments:

Post a Comment