Thursday, August 11, 2011

kata-kata adalah doa

Di bulan yang mulia ini sepatutnya kita berkata sesuatu yang baik tentang seseorang.. bukannya kita mengadili seseorang individu itu baik atau jahat melalui luaran ataupun dalaman. Tuhan yang mampu untuk menentukan sama ada kita baik atau jahat tetapi janganlah kita bercerita tentang keburukkan atau membuka aib seseorang itu. Adakah memang sifat manusia yang suka kepada keburukkan daripada kebaikkan?

Manusia memang cukup suka kalau menceritakan tentang keburukkan orang, contohnya Si A dahulunya seorang yang nakal dan jahat(bukan tahap membunuh) cuma jahat sebagai seorang pelajar. namun, adakah dia akan jahat selamanya? tidak kita diberi peluang untuk bertaubat.. jadi apa kata kita menceritakan sesuatu yang baik tentang Si A agar kemungkinan dia akan berubah kerana kata-kata itu adalah doa? mungkin kejahatan masa lalu yang dilakukan oleh Si A ini telah mengaburi mata kita tentang kebaikan yang Si A lakukkan walaupun sedikit? jadi cuba kita memuji tentang kebaikkan yang telah dia lakukan memudah-mudahan Si A ini merasa dirinya dihargai walaupun dia melakukkan sedikit kebaikkan.. orang yang melakukkan kejahatan merasakan diri mereka besaq kepala atau taiko kerana boleh menjadi 'gangster'? sebab itulah mereka buat kejahatan...

syawal pernah tanya pada seseorang. kenapa hang suka bergaduh dengan orang? jawapannya " aku gangster, biar lahhh" lihat dia lebih bangga dipanggil gangster? nanti waktu ahkirat nanti ingat tuhan nak tanya ka dia gangster ke tak!


No comments:

Post a Comment