Monday, December 1, 2014

Untuk berjaya mesti dimulakan dengan langkah pertama!!

===Tips Keusahawanan===

Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi usahawan. 

Tidak semua orang dilahirkan menjadi pemimpin.

Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi pekerja.

Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi investor.

Tak semua orang dilahirkan untuk menjadi spekulasi.

Tak semua orang dilahir untuk menjadi pejuang.





Tetapi semua orang boleh jadi anda sendiri... Rata rata melihat pelajar universti masih suka mengikut apa yang orang lain tanpa menyelidikan hal itu sama ada benar atau tidak.
Untuk menjadi usahawan perlukan perancangan dan matlamat. Gagal itu biasa. Penat itu biasa. Sakit itu biasa. Jadi, untuk berjaya. Biasakan diri anda untuk merasai semua keperitan itu sebelum berjaya. Ramai tanya syawal. Macam mana hang boleh sampai ke tahap ini. Jawapan simple sebenarnya banyak lagi saya perlu belajar dan akan terus belajar menyampaikan ilmu yang dikutip sepanjang perjalanan ini.


Bagaimana ingin memulakan perniagaan?

Dalam islam kita tidak digalakkan untuk berhutang. Jadi, cara yang terbaik untuk menjadi usahawan adalah dengan tidak berhutang. Akan tetapi, zaman sekarang kita perlu bijak. Boleh berhutang tetapi dengan cara yang betul dan perancangan yg rapi. Semua orang mempunyai bakat untuk berniaga tetapi tidak semua orang mempunyai bakat untuk mengembangkan perniagaan. Jadi, untuk menjadi usahawan minda kena kuat.
Bagaimana hendak memastikan perniagaan kita stabil?


Pertama sekali suka syawal analogikan perniagaan itu umpama solat berjemaah. Jika anda solat bersendirian, pahalanya 1 sahaja ka? Bagaimana jika anda solat berjemaah? pahalanya adalah 27 kali ganda. Betul tak? Jadi, untuk memastikan perniagaan anda terus mengembang. Anda memerlukan jemaah atau dalam bahasa moden adalah teamwork. Jadi, anda perlu berkerjasama dalam pasukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Syawal selalu bukak peluang kepada sesiapa yang ini menceburi diri dalam keusahawan, namun usaha itu perlu datang dalam diri anda sendiri.
Prinsip utama dalam perniagaan?


Satu tips yang syawal boleh kongsikan adalah jangan kedekut dengan senyuman. Kerana senyuman itu adalah satu sedekah, jadi jika ini menjadi usahawan yang berjaya dalam lokek dalam memberi senyuman dan melakukan service sebanyak mungkin dan membantu orang lain di dalam kesusahan. InsyaALLAH di suatu hari kita ada dibantu oleh orang lain pulak.


Sekian tips untuk kawan-kawan.
encik S,
Gua nak selesaikan assignment pulak.


No comments:

Post a Comment