Tuesday, December 23, 2014

Erti menjadi seorang wanita



Betapa indahnya Islam apabila datang seruan menyampaikan agama Islam. Martabat wanita itu ditinggi. Ketika zaman Arab Jahiliyyah, semua bayi perempuan yang baru dilahirkan dibunuh kerana didakwa mendatangkan malang kepada si keluarga. Namun, dalam Islam... Setinggi mana pangkat, harta, dan kuasa seorang lelaki itu, percayalah syurga terletak dibawah telapak kaki seorang itu, terletak di atas tertinggi iaitu redha dan doa seorang Ibu. Berbahagia anda andai masih punya seorang ibu dan masih berpeluang untuk mendapatkan nikmat itu. Bagaimana pulak orang yang sudah tidak punya nikmat itu? Bacalah al-Quran dan berdoalah kesejahtera mereka di alam sana supaya dengan doa kita mereka bersenang lenang menyampai kedatangan kita untuk dipimpin bersama-sama ke syurga....


nanges...


Sambung cerita lak... Berbahagialah anda menjadi seorang wanita dan berdoalah anda menjadi wanita yang solehah. Percayalah dalam Islam bahawa wanita sangat dijaga. Terpulang kepada wanita itu untuk menjaga diri mereka sendiri. Ingatlah wanita di luar sana. Ketika anda masih kecik, masih kanak-kanak... Ayahlah menjadi tempat kamu untuk bermanja dan berkasih sayang. Ayahlah tempat untuk kamu mendapatkan perhatian dan ayah yang bekerja kuat untuk memastikan kamu membesarkan dengan sempurna. Namun, apabila kamu dewasa, sudah tiba masanya untuk ayah melepaskan tanggunjawabnya kepada seorang lelaki yang beliau percaya mampu menjaga engkau sebagaimana ayahmu menjagamu. Di saat lafaz ijab dan kabul dilafazkan. Di saat itulah hati ayah berdebar, hati ayah sebak, hati ayahmu meruntun kesedihan melepaskan zuriat kesayangnya kepada seorang lelaki yang baru dalam hidupmu.... Sangat sesekali kamu melupakan pengorbanan Ayahmu....


Nangess...


Nak samsung cerita. Berbahagialah duhai wanita. Tatkala ketika kamu kecik dijaga seorang ayah dan apabila kamu dewasa kamu akan dijaga oleh seorang suami.. namun, percayalah ketika kamu meniti usia emas.... Anak lelakimu akan dipertanggungjawab untuk menjadimu.... Betapa dalam islam menganjurkan untuk kita menghormati wanita. Oleh yang demikian, persoalanya sejauh mana kamu menjaga penghormatanmu duhai wanita Muslimah...
Encik S,

Cerpen Seorang Wanita...
Lindungilah auratmu....

No comments:

Post a Comment