Monday, December 1, 2014

Perlukan malaysia menilai semula sistem pendidikan?


saya dulu kurang cerdik dan malas baca buku. asal ada pertandingan sukan kan, pekhemahan ka, camping ka, semua saya join dan kelas pun sering tinggai. Tetapi, kat sekolah semua kawan kawan saya pandai. Jadi saya terasa diri ini pandai padahal sebenar bodoh gila... dalam kelas dalam 40 orang stdent dan number 5 g belakang tiap2 exam memang ada nama gua. kalau 1-5 tu mohon taubat la...
Kem motivasi bersama saudara Farhaan Rahmat
tetapi, number bukan penentu kejayaan sebab saya dididik oleh ibu dan ayah buat benda yg kita minat dan bukannya orang lain anggap baik.. jadi, gua pun merasai pengalaman dunia sains tulen semasa di sekolah, dunia sastera di stpm dan dunia kewangan di zaman universiti. Jadi, semua dunia saya pelajari dan masih tidak cukup disebabkan ilmu agama saya kurang. Jadi, selepas ini insyaAllah akan mendalam dunia agama pulak insyaAllah. doakan kawan2 sbb perjalanan ini masih jauh.
Melihat penyakit masyarakat yg tamak haloba mengejar keduniaan. Terasa diri ini untuk menyedarkan jiwa jiwa bahawa hidup ini hanya sementara. Dunia selepas kita meninggal itu adalah yg abadi...
Ada orang bagitaw gua cakap, kadang kadang status hang ini susah dh faham.. hahaha. yup, orang yg pernah terluka akan merasai betapa pedihnya berdarah...

umpama kami naik kapchai dan hampa naik mercedez..
gua pun tak sure adakah video itu edit atau datang drpd sanubari pemimpin itu...
encik S,
Islamic Financial Planner.
orang tanya tadi, kenapa yg halal itu mahal sbb syurga itu mahal..


ORANG GENIUS AKAN JADI BODOH DENGAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Saya dulu disleksia, dan disleksia itu sebenarnya kelebihan. Sebenarnya saya tidak ada masalah dalam pembelajaran, cuma sistem pendidikan ketika itu yang ada masalah dengan orang seperti saya yang mereka expect akan score A juga dalam pelajaran.

Saya anggap mereka dengan mild-autism dan disleksia ini adalah potensi pelajar genius. Mereka ada apa yang pelajar biasa tiada. Namun pembelajaran mereka LAIN. Hari ini, pelajar begini akan tercicir dalam bilik darjah kerana metod mereka belajar ialah berfikir dan bukan disuap. Akhirnya mereka tidak dapat bawa pelajaran dalam kelas dan mereka dilabel "pelajar tercicir" atau paling teruk lagi sehingga ada yang kata mereka "Lembab".

Lalu mereka diasingkan dalam 1 kelas yang dinamakan "Kelas Pemulihan" yang mana pada zaman saya dahulu, kelas ini lebih kepada 1 pengasingan budak-budak yang TERPAKSA datang sekolah atas desakan ibu bapa, tetapi cikgu sendiri putus asa kerana mereka tidak dapat ikuti pelajaran.

Untuk tidak merosakkan prestasi kelas-kelas atasan, juga tidak mahu mereka mengacau pelajar-pelajar lain (bayangkan kalau cikgu cakap pun dah tak faham, apa lagi nak buat? main lah) mereka diasingkan ke dalam 1 kurungan yang dinamakan kelas pemulihan itu.

Kegeniusan mereka ini akhirnya disalurkan kepada yang negatif. Mereka diletakkan dalam 1 kelas yang mana cikgu hanya menjaga bukan mendidik. Akhirnya mereka salurkan genius itu kepada perkara negatif. Ingatlah, hanya orang bijak sahaja yang boleh merancang satu rompakan ke atas sebuah bank yang dikawal oleh anggota keselamatan yang ditadbir oleh orang-orang pandai semasa belajar di sekolah dahulu. Bayangkan jika genius mereka itu disalurkan kepada kebaikan dari mula lagi?

Apabila monyet, lembu, kura-kura, ikan dan tenggiling semua perlu menjalani peperiksaan yang sama iaitu "memanjat pokok" semestinya ikan dan kura-kura akan gagal teruk dan monyet akan score A. Nanti bila kura-kura atau ikan pula jadi Menteri Pelajaran, sistem pendidikan akan dirombak balik untuk beri kelebihan kepada ikan dan kura-kura maka peperiksaannya ialah "Berenang dan menyelam". Masa itu monyet mesti tak puas hati.

Mesej saya, tiada satu peperiksaan yang standard untuk menilai potensi pelajar yang berbeza. Tugas pendidik bukan mengajar mereka belajar TETAPI ajarkan mereka BERFIKIR.

Bila kita ajar anak belajar, paling hebat anak kita akan jadi PANDAI yang mampu jawab peperiksaan. Jika kita ajar anak kita berfikir, mereka mampu jadi ARIF yang mampu selesaikan masalah.

Jika menteri-menteri hantar anak ke sekolah swasta dan antarabangsa, itu tanda mereka sendiri tidak yakin dengan sistem yang ada tetapi mereka mengharap orang masih hantar anak ke sekolah dan masih mengharamkan HOME-SCHOOLING (home-school hanya diHALALkan kepada yang ada izin KPM yang mana ramai apply tak dapat kerana kriteria mengarut DAN masih lagi mereka mengharapkan TEMPOH PERSEKOLAHAN WAJIB itu dipatuhi semua)

Saya sarankan agar KPM mempermudahkan urusan keizinan untuk home-schooling kerana komuniti ini semakin membesar dan KPM tidak ego untuk mengambil contoh dari model home-school yang berjaya sekalipun ibu bapanya tiada Ph.D atau Master. Juga saya cadangkan untuk KPM lebih mesra dalam pengiktirafan pengelola sekolah-sekolah swasta seperti pondok dan sekolah didaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri.

Sebagai majikan, saya SELALUNYA tidak lihat sangat sijil dan kelulusan pekerja saya tetapi saya menilai kebolehan mereka bekerja. Yang ada Ph.D pun nak kerja dengan saya, tetap saya syaratkan untuk mereka bermula dari kerja bawah. Tidak juga saya katakan kerajaan tiada program khas untuk anak-anak istimewa begini tetapi soalnya ialah ia dikelaskeduakan atau mudahnya terus dilabel "kelas hujung". Tiada 1 sistem yang boleh penuhi pendidikan istimewa ini, selebihnya tetap ibunya sendiri yang perlu tampung. Itu sebab, isteri saya yang belajar tinggipun mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada pendidikan anak-anak sendiri dan anak-anak Warga Prihatin.

Cukup-cukuplah aliran akademik menganak tirikan aliran kemahiran. Cukup-cukuplah tanggapan kalau tak pass SPM masuk vokasional. Di peringkat IPT pula cukuplah mengkelaskan IKBN, Giat Mara dan semua PLB dalam kelas bawahan berbanding kolej dan universiti yang mengeluarkan graduan yang LEMBAB bekerja walaupun pandai baca "buku".

SAIFUL NANG

//notakaki : saya setuju kalau kurangkan subsidi dengan lebihan puluhan billion dibina pendidikan yang bukan untuk menjadikan pelajar seorang pekerja tetapi pencipta. Jika mahu bina negara hebat, bukan bina bangunan tinggi berkembar dan lapangan terbang yang lengang tetapi binalah pendidikannya.

No comments:

Post a Comment