Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul. Banyakkan selawat kepada Baginda

Mengapa jari-jemariku terasa hangat untuk menulis. Bukan jari ini terkena ayaq panas ka apa, namun apabila membaca kisah sahabat-sahabatku ku sedang bersuka ria ketiga cuti semester ini membuatkan syawal teringin untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan semua. Mungkin hobi menulis syawal kian hilang apabila menyambung pelajaran yang 80% pengajiannya bukan seperti syawal belajar dahulu. Sekarang syawal mengambil bidang yang amat memerlukan calculator untuk mengira iaitu ijazah muda kewangan.

Dulu, buku-buku yang tebal menjadi peneman syawal tatkala ketika belajar dahulu. Subjek kegemaran syawal dulu adalah sejarah! wah, mesti orang hairan kenapa syawal minat sejarah, antara banyak-banyak subjek yang syawal belajaq subjek inilah yang paling syawal cerah mata bila belajar. Mungkin imaginasi syawal terlalu tinggi apabila syawal dapat membayangkan situasi di zaman dahulu ketika cikgu sedang mengajar tentang sejarah.

Kalau anda meminat Ramli Sarip penyanyi rock zaman 80an dulu, syawal ingin memetik satu rangkap lagu terkenalnya iaitu Doa Buat Kekasih 'sejarah mengajar kita menjadi dewasa meniti arus angkara' di sini syawal ingin menekan bahawa manusia yang lupakan tentang sejarah hidupnya sudah pasti akan melakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan.

Apabila cerita tentang sejarah, syawal teringat masa syawal kecik-kecik dulu. Pasa setiap malam, ibu syawal akan bercerita tentang sejarah Nabi kepada syawal. Masi jelas terbayang situasi ketika itu semasa syawal berumur di antara 8 hingga 10 tahun, setiap kali selesai syawal dan abang usai mengaji Al-quran depan. Syawal akan duduk depan ibu sambil mendengar cerita tentang sirah Nabi, setiap kata-kata ibu ketika bercerita tidak pernah syawal lupakan drpd ingatan ini. akan syawal simpan segar memori tersebut dalam ingatan, melalui penceritaan itu juga ibu banyak menasihati syawal agar mencintai Nabi dan mencontohi perwatakan serta nilai akhlak Ya Rasulullah. Selesai selesai ibu bercerita, mesti ibu akan bertanya soalan berkaitan dengan penceritaannya. Wah, tisu kehabisan...

xmampu syawal hendak meneruskan penceritaan, bersyukur sangat kerana sewaktu kecik ibuku telah menerangkan dan menerapkan keperibadian Rasulullah kepadaku.. Tatkala menyebut tentang Rasulullah merindui umat, hati kecil tersentak, memang tidak dapat menahan sebak di dada apabila, seorang pemimpin agung pada zamannya sangat menrindui umatnya sehinggakan di akhir kewafatan baginda, baginda menyebut umati, umati, umati. Adakah kita salah seorang umat yang dirindu baginda? cuba tanya kalian. betapa dalamnya cinta kita kepada Rasulullah? jika anda mencinta rasul sekali, maka rasul akan mencinta anda berkali-kali.

Petikan Khutbah Jumaat di Masjid Tanjung Bungah. Rasulullah bertanya kepada sahabat "Pada pendapat kalian, siapkan yang paling mulia di di dunia dan di akhirat?" maka sahabat menjawab " malaikat Ya Rasulullah". Baginda membalas " ya benar dengan apa yang kamu katakan, namun bukan itu yang aku maksudkan.
Kemudian, sahabat Nabi berasa hairan lalu berkata "jika bukan malaikat, orang yang paling mulia di sisimu mesti para Rasul dan Nabi Ya Rasullullah?" Baginda menjawab "Benar juga yang kalian katakan, tetapi bukan itu yang aku maksudkan
Sahabat kebuntuan idea " maka, jika bukan mereka Ya Rasulullah jadi kamilah para sahabatmu yang berjuang menegakkan agama Islam yang senantiasa bersama tatkala susah dan senang. Baginda menjawab, benar memang kamulah yang mulia di sisiku namun ada orang lain yang lebih mulia daripada itu. Para sahabat kebingungan dan bertanya kepada baginda siapakah gerangan orang yang mulia itu.
Rasulullah menjawab "Orang yang paling mulia di sisi ialah umatku setelah kewafatan ku nanti. Mereka adalah umat yang beriman kepada Kalimah La ilaha illallah dan beriman dengan ajaranku walaupun mereka tidak pernah menatap wajahku, mendengar suaraku, berjuang bersamaku, tetapi mereka yakin dan percaya dengan apa yang aku sampaikan kepada mereka. Maka, orang yang paling mulia disisiku di dunia dan akhirat kelak umatku yang beriman dengan ajaran yang dibawa olehku.

No comments:

Post a Comment