Tuesday, January 15, 2013

Semester 1 hampir tamat

Kehidupan di universiti sangatlah berbeza daripada kehidupan di alam persekolah. Seperti fitrah manusia, apabila sesuatu yang berada di depan mata kita tidak menghargainya sepenuh hati kita. Cuba ingat kembali, semasa kita di zaman persekolah, mesti bermain di fikiran kita bahawa kita tidak sabar untuk meninggalkan alam persekolahan untuk memasuki alam universiti yang pada ketika itu kita rasakan sangat seronok. Tapi malangnya, apabila kita sudah melangkah ke alam universiti kemudian dibebani tugasan dan latihan serta pelbagai aktiviti yang perlu dihadiri. Kemudia, dengan pelahan-pelahan mesti kita rindukan atau teringat kembali kenangan kita dia alam persekolahan Hal itu terjadi pada diri syawal dimana sudah hampir 1 semester syawal menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa, ternyata banyak perubahan dan pedekatan yang lain untuk syawal lakukan bertujuan menyesuaikan diri di alam kampus.

Terkenang kenangan syawal di alam persekolahan di  mana ketika kita menjadi senior atau pelajar yang paling dewasa di sekolah. Hubungan kita dengan cikgu kita ibarat ibu bapa kita seketika apabila berada di sekolah. Kesan daripada itu, kita boleh belajar bermacam-macam benda dan juga dapat berkongsi masalah dengan cikgu yang kita rapat. Setelah kita meninggalkan mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mesti kita teringat penat lelah guru-guru kita di sekolah dulu mengajar kita dengan bersungguh-sungguh daripada kita tidak tahu apa-apa tentang sesuatu subjek sehinggakan kita pakar dalam bidang tersebut. Melalui pemerhatian syawal apa yang kita belajar di sekolah dulu lebih mencabar daripada yang kita belajar di universiti. Di sekolah dahulu, kita belajar daripada kosong dan dengan sedikit demi sedikit guru kita di sekolah mengajar kita sehingga kita pandai. Manakala, di universiti kita seperti mengulangkaji atau belajar semula apa yang kita pelajari dahulu serta mengaplikasikan semua yg kita belajar di sekolah kepada sistem universiti.

Namun, mungkin ada pihak di luar sana yang berbeda pendapat atau mengalami pengalaman yang lain daripada saya itu adalah perkara normal. Setiap orang mengalami pegalaman masing-masing, tetapi yang yang bijak adalah orang yang mengambil iktibar terhadap pegalaman orang lain.Selain itu, kehidupan di universiti amatlah meyeronokkan apabila kita mengunakan kesempatan serta peluang yang diberikan dengan sebaik yang mungkin. Pada ketika ini juga, syawal belajar pelbagai ragam dan karenah serta pemikiran mahasiswa yang positif, negatif dan macam-maca lagi. yang berjaya menempatkan diri ke universiti. 

Ingat, kehidupan di alam universiti adalah medan kita di alam pekerjaan nanti. Oleh itu, nasihat syawal yang dipetik daripada cikgu syawal yang paling rapat di sekolah dulu ialah apabila anda mendapat peluang untuk belajar, maka gunakan peluang itu dengan sebaik yang mungkin kerana anda selepas ini mungkin tidak dapat peluang yang sama dalam keadaan yang anda inginkan. Hal ini kerana perkara yang sama seperti mana anda rindukan alam persekolahan mungkin akan terjadi apabila melangkah ke alam pekerjaa  nanti.
Banyak yang ini syawal coretankan pengalaman sepanjang semester 1 ini. Jika ada kesempatan kita berjumpa lagi..
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment