Monday, October 21, 2013

Korban yang bermakna...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hehehhehe. Kini kita bertemu lagi. Bertemu di alam maya. Bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan kita oksigen agar dapat terus bernafas. Tak lupa kepada ahli keluarga kita yang kini jauh di perantaun mencari rezeki masing-masing. Walaupun hanya sekejap sahaja balik ketika cuti hari raya haji baru-baru ini. Namun ia cukup mengubati kerinduan kepada anda semua wahai abang-abangku. Terasa hidup ino sekejap sahaja melangkah apabila teringatkan kembali di saat mana ketika masih tak matang dan kanak-kanak. Kita semua sering bergaduh, bartikam lidah, wrestling, aku kata kat hang, hang kata kat aku, aku ejek hang, hang ejek aku, sama-sama tolong abah di bendang, sama2 mencari rezeki yang halal, sama-sama main badminton. Wahhh
banyak sangat kenangan yg tak matang itu. Namum sangat manis apabila dikenangkan kembali.

Tapi, sekarang. Anda semua sudah menjadi ayah kepada puteri yang comel-comel. Abang yang pertama ayah kepada hanan husna yang meginjak lebih 2 tahun, abang yanh kedua hampir setahun menjadi ayah kepada farah hanis. Dan abang yang ketiga bakal menjadi ayah tak lama sahaja lagi. Taniah setinggi taniah syawal ucapkan kepada kamu semua.

Walaupun keluarga syawal bukannya datang daripada keluarga yang berada. Ayah hanyalah seorang pesawah padi yanh sekangkang kera dan ibu hanyalah suri rumah. Ingat lagi kata-kata ayah. Ayah tidak harta untuk tinggalkan kepada anak-anak ayah nti. Sebabnya ayahnya bukannya pandai sekolah pun tak abis dulu kemudian masuk askar. Tapi, ayah hanya mampu berikan didikan agama dan didikan agar menjadi manusia yang berguna di dunia ini. Ingatlah syawal. Kamu anak lelaki, besar tanggunjwbnya nanti. Kena jaga ibu, isteri dan ank-anak. Dlam hidup ini jangan sesekali meminta dan mengemis selagi mana kiya punya tulang 4 kerat. Walaupun ayah tak berjaya di dunia dan tak pandai. Ayah cuma berharap anak-anak ayah menjadi orang yang berguna dan berjaya daripada ayah.

Benarlah bahawa Allah itu  maha pemurah lagi maha peyayang. Walaupun kita dibalas dengan apa kebaikkan yanh pernah kita lakukan di dunia ini. Namun, siapa tahu balasan atas kebaikan kita itu akan dapat kepada anak-anak kita atau saudara mara kita nnti. Siapa tahu kuasa tuhan
betul tak?

Walaupun ayahku tak berjaya mempunyai harta bertimbun di dunia. Namun, dia mempunyai yang yang lebih bernilai dan berterusan di akhirat kelak iaitu anak-anak soleh. Jadi, berlapang dada dan reda dengan apa yang kita hadapi.

No comments:

Post a Comment