Friday, October 11, 2013

Selesai melaksanakan amanah yang diberikan..

Walaupun dalam keadaan sakit, namun. Inilah salah satu cara untuk syawal meredakan kesakitan yang teramat sangat.. Beban yang selalu ini dipendam harus diluahkan, dilupakan buat seketika. Terima kasih kepada semua yang meringankan beban di dada ini dalam melaksanakan program-program yang telah diamanahkan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat kawan-kawan yang dikasihi. Alhamdulilah sudah genap sebulan kita menjalani kehidupan dalam UUM ini. Sekadar coreten sepanjang semester ini..

Tahniah kepada semua yang telah berjaya melaksanakan, akan, bakal dan sudah program pada semester ini dan semester lepas. Harap program kalian akan dipermudahkan untuk dilaksanakan. 

Program: Jamuan Hari Raya FABS~ ribuan terima kasih kepada semua MT dan Exco yang turun padang dan bersusah payah menghias dan menghadiri majlis tersebut. Program tersebut selamat bermula dan tamat dengan amanya. walaupun ada sedikit masalah tentang waktu dan peserta. itu bukan menjadi alasan untuk kita menlaksanakan program. Kita tak perlukan program yang 100% sempurna namun tidak tidak mendapat nilai terhadap apa yang kita laksanakan.

Program Interface 2013: Terima juga kepada MT dan Exco yang bersusah payah hadir pada waktu pagi dan berpakaian korporat walaupun waktu cuti dan dalam keadaan hujan. Al least korang datang untuk memberikan sokong kepada program untuk meraikan korang atas tanggunjwb korang menerima jawatan yg diamanah. Maaf kalau ada sebarang kecacatan terhadap majlis tersebut.. Tq juga kepada Semua yang sanggup turun sampai ke petang untuk join aktiviti expolare tersebut. wlaupun sedikit yang ada. bukanya itu alasan itu kita tidak bergembira. in that case, syawal realise. crowded is nothing, value what we get from what had we done more important.. Dh lama kita tak bersama-sama bermain aktiviti bersama-sama. Tahniah kepada group sywal seprti hidayah, zyda, mira yang bg kotmitmen. tahniah kepada kumpulan kak aina, ila yang berjaya dapat no dua. dan kumpulan farahin yang dapat no 1. kedudukan itu tak penting. yg penting kita seronok..!

Program FABS LEADERSHIP and progresive: Selamat dilaksanakan pada hari kemarin. AJK semua terdiri daripada peljar semester 1. Walaupun mereka baru sebulan menjejakkan kaki ke UUM. Semangat mereka untuk menjayakan program syawal sanagt respect. Walaupun mereka tiada pengalaman untuk menjayakan program, namun semangat merekan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan sangat syawal kagumi. Mereka tak tahu nak buat iklan, mereka tak tahu nak deal dengan penceramah, mereka tak tahu nak minta tandatanga, mereka tak tahu nak buat surat, mereka tak tahu nak tempah dewan, mereka tak tahu di mana tempat program. Namun, mereka banyak bertanya kalau tak tahu, bukan memberi alasan jika mereka tak tahu. itu yang penting. Alhamdulilah program dapat dilaksanakan denga lancarnya. sehinggakan perserta yang harga menawarkan diri untuk menjadi ajk itu program tersebut dan prgram yang bakal dianjurkan oleh FABS.

Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada kak aina kerana bertungkus lumus buat paper work dan run jugak prgam yang tergantung dengan dr faizal.. Nasib kita sama apabila syawal juga kena marah dengan Timbalan dekan SEFB sebab buat kerja tak betul. Namun semua itu sbagai pengajaran. terima kasih atas tunjuk ajar. Selamat juga kepada Kak Mun yang juga mengorbankan masa untuk melaksanakan program yang telah diamanahkan. semoga apa yang berlaku akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Banyak nak diceritakan di sini. Namun, kawan-kawan semua boleh fikirkan sendiri. Kita tidak boleh berdiri dengan sebelah kaki sahaja. perlukan sebelah lagi untuk menyokong kita. Begitulah dalam organisasi. Kita kena saling bantu menbantu untuk kita terus kekal berdiri..

Sekian.. Terpaksa berhenti sbb sakit kepala yang teramat sangat. Buat paper, hantaq report, tempah tempat, untuk ketiga-tiga program tersebut.. 

Anda mampu mencipta seribu satu alasan, namun, malangnya anda tak mampu mencipta secebis kejayaan.. renungkanlah... need a rest. im sory

legaaa.. dapat rehat seharian... Need energy for midterm.. pray for me.. :)

No comments:

Post a Comment